Kepenggunaan

Kelebihan melaksanakan ibadah korban bersama MAPIM Malaysia

Memudahkan dari mula sampai akhir

Pelaksanaan ibadah korban bukannya semudah pergi ke kandang lembu dan seterusnya memilih lembu yang kita mahu. Memilih haiwan yang mahu dikorbankan pun perlu ada syarat-syaratnya.

Antara syarat-syaratnya, ibadah korban hanya sah dengan haiwan ternakan sahaja, iaitu unta, lembu, kambing, biri-biri, sama ada jantan ataupun betina, sama ada baka ataupun dikasi.

Dengan itu, tidak sah berkorban dengan haiwan seperti kerbau liar, kijang, rusa, pelanduk dan seumpamanya.

Haiwan ternakan itu juga perlu sihat dan bebas daripada sebarang penyakit. Ia juga tidak boleh mempunyai kecacatan, sama ada kaki tempang, buta, telinga koyak, tanduk patah, cedera pada tubuh badan, kurus sehingga tidak mempunyai lemak, atau kecacatan yang lain.

Selain itu, haiwan ternakan perlulah mencapai satu tahap minimum umur, iaitu:

  1. Unta perlu berumur lima tahun masuk tahun keenam
  2. Lembu atau kerbau perlu berumur dua tahun masuk tahun ketiga
  3. Kambing perlu berumur dua tahun masuk tahun ketiga
  4. Biri-biri perlu berumur satu tahun masuk tahun kedua, ataupun telah bersalin gigi hadapan.

Menyedari hakikat itu, MAPIM Malaysia akan membantu anda bagi memudahkan pelaksanaan ibadah korban.

MAPIM Malaysia bukan sahaja akan memilih haiwan yang memenuhi syarat korban, malah lebih daripada itu. MAPIM Malaysia memilih haiwan ternak yang berkualiti dan terpilih. Bukan sekadar syarat minimum.

Walaupun MAPIM memberikan haiwan yang punyai kualiti terpilih, MAPIM tetap memastikan harga yang ditawarkan adalah antara harga termurah dipasaran.

MAPIM Malaysia juga mempunyai pengalaman dan reputasi yang dipercayai. MAPIM tidak akan mempertaruhkan reputasi dan kepercayaan yang sudah dibina selama bertahun-tahun dengan membuat kerja sambil lewa.

Memang hasrat MAPIM menjadikan pelaksanaan korban itu mudah untuk semua golongan. Jadi MAPIM menjamin pengalaman pelaksanaan ibadah korban yang mudah dan tidak memeningkan kepala. Itu jaminan MAPIM, memudahkan urusan anda dari mula sampai akhir.

Paling menarik anda akan menerima video sembelihan korban atau akikah ketika nama anda dibacakan, sijil penyertaan dan juga cenderamata.

Itulah antara kelebihan melaksanakan ibadah korban bersama MAPIM Malaysia. Jadi apa yang diperlukan sekarang adalah tindakan anda. Hanya itu.


Mari melaksanakan ibadah korban bersama MAPIM Malaysia.
Mengapa MAPIM Malaysia?
✅ Haiwan ternak yang berkualiti dan terpilih.
✅ Antara harga termurah dipasaran
✅ Reputasi MAPIM yang dipercayai.
✅ Memudahkan urusan anda dari mula sampai akhir.
✅ Anda akan menerima sijil penyertaan dan juga Cenderamata.
Ibadah korban adalah Sunat Muakkad iaitu sunat yang DI TUNTUT bagi umat Islam mengerjakannya.
Insyaallah ibadah korban yang dilakukan dengan penuh ketakwaan dan keikhlasan akan mendapat ganjaran besar yang berlipat ganda dari Allah SWT.
“Pada setiap helai bulunya itu kita akan memperoleh satu kebaikan.”
(HR. Ahmad dan Ibnu Majah].
Bersama saudara budiman untuk sertai ibadah korban dan maklumat lanjut, layari : www.ibadahqurban.com
MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini

Related Articles

Back to top button