DuniaKemanusiaanPalestin

Asalnya pendatang kemudian menjadi penjajah

Shimon Peres pernah bersumpah atas nama Allah!

Mengenali sisi seorang yang bertukar rupa memperdaya warga Palestin.

Gambar  di atas adalah gambar yang dikeluarkan oleh portal The Times of Israel. Ia mendedahkan dokumen asal permohonan Shimon Peres, pendatang Yahudi yang berasal dari Poland yang kemudiannya menjadi Perdana Menteri Israel selama dua penggal.

Dalam gambar permohonan tersebut, Peres menandatangi permohonan yang bersumpah untuk menjadi taat setia sebagai warga Palestin. Kenyataan tersebut menyebutkan:

اقسم بالله العظيم سيكون امينا ومخلصا لحكومة فلسطين
“Aku bersumpah dengan nama Allah untuk menjadi seorang yang jujur dan ikhlas mendokong kerajaan Palestin.”
Siapa sangka, Perdana Menteri yang asalnya hanyalah seorang pendatang ini memberikan impak yang sangat besar kepada penjajahan tanah Palestin. Ketika tempoh menjadi Perdana Menteri pada tahun 1996, beliau membenarkan serangan ngeri ke atas kem tentera pengamanan UN di Qana yang mengorbankan 106 nyawa yang berlindung di kawasan itu.
Dalam tempoh tersebut juga Peres dikatakan memberikan arahan kepada operasi “Operation Grapes of Wrath” yang membunuh 154 orang awam di Lubnan manakala 351 individu mengalami pelbagai kecederaan.
Peres juga dikatakan membangunkan program nuclear Israel yang sehingga kini tidak dipantau oleh Agensi Nuklear Antarabangasa – Atomic Energy Agency (IAEA).
Pada tahun 2014, Peres mempertahankan tindakan askar Israel yang membunuh empat orang kanak-kanak di Gaza dan menyalahkan rakyat Palestin kerana tidak memantau kanak-kanak tersebut.

Pelbagai lagi jenayah perang yang dilakukan oleh pendatang ini. Begitulah pengajarannya buat kita. Pengkhianatan Yahudi telah diceritakan banyak kali dlm al-Quran. Dan seorang yang pernah berjanji untuk taat setia buat negara, tidak mustahil satu hari akan menjadi pengkhianat yang menghancurkan negara sendiri.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
***Palestin kembali berdarah! Seruan untuk kita membantu saudara Gaza dan Palestin sudah tiba. Kita bantu dengan apa yang terdaya. Bantu dengan doa dan harta benda.
MAPIM Malaysia membuka peluang untuk semua bagi membantu rakyat Palestin. Selain doa, rakyat Palestin sangat memerlukan bantuan kewangan.MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan kehttps://www.billplz.com/tabungkilatgaza
ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button