DuniaKemanusiaan
Trending

Darah untuk Beirut

Gaza harap bekalan darah sampai di sebalik sekatan sempadan

Bekalan darah amat diperlukan di Beirut apabila jumlah yang tercedera mencapai angka lebih seribu orang.

Palang Merah Lubnan merayu lebih ramai tampil menderma darah, kerana banyak hospital musnah selain kecederaan parah yang dihadapi mangsa.

Atas rasa kemanusiaan yang tinggi, warga Palestin di Semenanjung Gaza, menyahut seruan itu dengan menyertai kempen derma darah khusus untuk mangsa-mangsa letupan di Beirut.

Beratus beratur menjalankan tanggungjawab mereka dalam gerakan yang dianjurkan oleh Persatuan Palang Merah Palestin. Walaupun sedar, dengan sekatan di sempadan, penganjur bertekad akan mencari jalan dan bekerjasama dengan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah supaya bekalan darah terbabit dapat sampai ke Lubnan.

Perintah larangan sempadanĀ  dikuatkuasakan Israel-Mesir di Semenenanjung Gaza sejak tahun 2007. Setakat ini masih tiada kepastian bagaimanakah bekalan darah berkenaan akan sampai ke Lubnan yang amat genting memerlukan darah ketika ini.

————————————————————————————————————————————————

*Sertai Channel rasmi telegram MAPIM bagi megetahui perkembangan terkini, isu semasa dan kerja peduli ummah dalam dan luar negara diĀ  https://t.me/MapimMalaysia

MAPIM melancarkan tabung kilat bagi bantuan kecemasan untuk mangsa letupan di Beirut, Lubnan. Klik https://toyyibpay.com/Beirut-Emergency-Relief-Fund bagi menyatakan keprihatinan anda atau deposit ke TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM Nombor Akaun Maybank 5622-6354-0066.

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button