Covid19KesihatanSemasa

COVID-19 : Kes jangkitan menurun berbanding semalam

Kes kematian juga menyusut

PUTRAJAYA : Malaysia digemparkan dengan kes kematian tertinggi sebanyak 44 kes direkodkan akibat daripada gelombang ketiga wabak COVID-19 semalam.

Menurut kenyataan akhbar Ketua Pengarah kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah, pada 15 Mei 2021, 44 kes kematian itu dikenalpasti melibatkan 26 kes di Selangor, lima (5) di Kelantan, empat (4) di Sarawak, Johor dan Kedah masing-masing tiga (3) kes, dua (2) kes di Wilayah Kuala Lumpur dan satu (1) kes di Negeri Sembilan.

Berikut unjuran peningkatan kes positif baharu dan kes kematian baharu dari 9 Mei 2021 sehingga 15 Mei 2021. Merujuk pada carta bar perbandingan kes positif baharu pada 14 Mei 2021 dan 15 Mei 2021 menunjukkan peningkatan sebanyak 27 kes. Diikuti lonjakan kes kematian sehingga 44 kematian.

Walaubagaimanapun, pada hari ini 16 Mei 2021, kes jangkitan positif COVID-19 dicatatkan kembali menurun iaitu sejumlah 3,780 kes terbaharu dengan kes kesuluruhan 470,110.

Kes kematian juga menurun dengan 36 kes berbanding semalam. Manakala, kes sembuh baharu melonjak naik sebanyak 3,990.

Sementara itu, 36 kes kematian pada hari ini yang melibatkan lapan (8) kes di Selangor, enam (6) kes di Pulau Pinang,masing-masing lima (5) kes di Sarawak dan Kedah, empat (4) kes di WP Kuala Lumpur, tiga (3) kes di Perak, masing-masing dua (2) kes di Negeri Sembilan dan Terengganu serta satu (1) kes di Pahang.

11 kluster direkodkan manakala kes aktif menunjukkan penurunan iaitu 41,889 kes.

Dalam kenyataan Dr Noor Hisham berkata, 520 kes jangkitan COVID-19 memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala 272 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Tambah beliau, Selangor kekal mencatatkan kes tertinggi dengan empat angka sebanyak 1,275 kes jangkitan baharu. Secara tidak langsung, jumlah keseluruhan kes di negeri itu merekodkan 153,663.

Disusuli Sarawak dengan 405 kes, Kedah (363), Kelantan (368) dan Kuala Lumpur (342).

“Selangor masih kekal merekodkan kes melebihi 1,000 kes positif baharu iatu 1,275 kes diikuti Sarawak, 405 kes; Kedah, 363 kes; Kelantan, 357 kes; Kuala Lumpur, 342 kes; Johor, 224 kes; Pulau Pinang, 187 kes; Pahang, 159 kes; Melaka, 122 kes dan Perak, 115 kes.” – Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah/ Ketua Pengarah kesihatan Malaysia

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sekali lagi menyeru seluruh masyarakat untuk mengekalkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan mematuhi saranan-saranan kerajaan bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Penyiaran) – Nurshazlin Shahrom

 

Related Articles

Back to top button