EkonomiSemasa

Burasak di Sarawak sempena Aidilfitri

Makanan tradisi Bugis

Kuching : Dalam kemeriahan menyambut Aidilfitri, makanan tradisi adalah antara elemen wajib yang perlu ada bagi melengkapkan kemeriahan itu. Tanpa makanan tradisi, sambutan biasanya terasa ada yang tidak kena.

Lemak berkrim

Di Malaysia kita beruntung kerana banyak makanan tradisi yang masih dibuat atau dijual. Antaranya adalah, burasak, makanan tradisi masyarakat Bugis. Burasak sangat popular dalam kalangan masyarakat Bugis di Johor dan di Sabah. Ada yang memanggilnya, Buras.

Namun kali ini, Burasak juga sudah mula terkenal di Sarawak, terutamanya di bahagian Kuching dan Samarahan. Ia dibuat oleh komuniti Bugis yang kecil di sana.

Burasak, Buras atau Burasa adalah makanan khas Bugis dan Makassar di Sulawesi Selatan. Ia dimasak dengan cara tersendiri. Ia diperbuat daripada beras yang dimasak bersama dengan santan sehingga menjadi nasi lembek. Kemudiannya nasi lembek tadi dibungkus dengan daun pucuk pisang yang lembut.

Sedia dimakan
Burasak yang sudah sedia untuk diikat
Dimasak selama lapan jam

Burasak yang sudah siap dimasak

Burasak yang sudah siap dibungkus

Nasi lembek, nasi yang dimasak bersama santan sehingga lembek

Selepas itu ia akan dibungkus lagi dengan daun pisang yang matang, diikat, biasanya antara lima hingga lapan keping. Selepas itu akan direbus lagi sehingga masak antara lima dan lapan jam. Semakin lama dimasak semakin ia tahan lama.

Siti Zaleha usahawan gigih

Di Kuching Sarawak, pembuatan burasak secara kecil-kecilan diusahakan oleh Siti Zaleha binti Wahid, 40 tahun. Pada mulanya beliau hanya memasak untuk keluarganya dan kemudian beliau memperoleh tempahan daripada kenalan.

Kini sudah hampir enam tahun dia mengusahakan pembuatan dan penjualan burasak. Biasanya apabila tiba hari raya, beliau boleh memperoleh tempahan sehingga 250 bungkus yang dijual dengan RM5 sebungkus.

Apabila ditanya bagaimana penjualan burasak dalam musim pandemik Covid, menurutnya,

“Susah. Sekarang tempahan pun kurang, hanya 150 bungkus. Mahu cari daun pisang di kampung pun susah kerana PKP.”

Namun dia tetap bersyukur kerana masih ada tempahan walaupun di luar musim perayaan. Beliau berharap semoga pandemik Covid akan cepat berakhir dan peniagaan burasak nya akan kembali seperti sediakala.

Untuk penduduk di sekitar Kuching dan Samarahan yang mahu menempah burasak boleh hubungi beliau di talian 0163683051.

 

Related Articles

Back to top button