KemanusiaanSemasa

`Jalinan Kasih Ramadan’ guna khidmat Klinik Bergerak Dua Tingkat Ummah

Khidmat rawatan & pemeriksaan kesihatan percuma

SABAK BERNAM :  Berbaki 10 Ramadan terakhir, umat Islam digalakkan untuk meningkatkan amal ibadah. Selain itu, berbuat kebajikan adalah amalan yang dituntut.  Sekumpulan pengamal perubatan mengambil peluang itu dengan mengadakan amal jariah melakukan pemeriksaan kesihatan dan rawatan secara percuma.

Pertubuhan Amal Kebajikan dan Perubatan, MEDICOM bekerjasama sekali lagi dengan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM, menerusi penganjuran program ‘Jalinan Kasih Ramadan’.  Aktiviti ini dilakukan bersama-sama penduduk di sekitar Pusat Tahfiz As-Solihin Panchang Bendena, Sabak Bernam, Selangor.

MAPIM Malaysia menggerakkan aset logistik Ummah Double-Decker Mobile Clinic manakala MediCOM pula mengurus pesakit di empat klinik di dalam kenderaan bergerak itu.
Seramai 50 orang pesakit dengan pelbagai latar belakang kesihatan diberikan khidmat percuma sepanjang program khidmat masyarakat ini.

MediCOM turut mengagihkan bantuan sumbangan kepada asnaf setempat mensantuni dalam 10 Ramadhan terakhir.

Sebelum ini MediCom bekerjasama dengan MAPIM menggunkan bas klinik dua tingkat dilengkapi empat bilik rawatan dan peralatan medikal seperti Oxygen Compensator dan ECG Machine. Ia diadakan di masjid at Taqwa , Bandar Bukit Mahkota, Kajang, Selangor

——

* Sempena akhir Ramadan, amalan bersedekah juga dituntut, maka saudara seIslam, berinfaqlah.

MAPIM Malaysia membuka peluang kepada orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan dalam dan luar negara dengan hanya RM200, RM300 & RM500 untuk pelbagai bantuan meliputi makanan, pembaikan rumah asnaf dan juga perkhidmatan sokongan perubatan menerusi mobile klinik. Sumbangan boleh dibuat melalui:
ATAU
menerusi Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263-540066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm)
atau whatapps 012-800-2016

Related Articles

Back to top button