Semasa

ADUN Melor meninggal dunia pada hari Jumaat di bulan Ramadan

Serangan jantung

KOTA BHARU: Ahli Dewan Undangan Negeri Melor, Kelantan – Dr Md Yusnan Yusof meninggal dunia jam 2.28 pagi tadi di rumahnya di Ketereh dipercayai akibat serangan jantung.

Menurut Setiausaha Dun Melor Tanazi Ariffin, ketika bangun dari tidur awal pagi tadi arwah terjatuh sebelum sempat ke bilik air.

Memetika harakahdaily, katanya sebelum ini beliau pernah mendapat rawatan jantung di Institut Jantung Negara (IJN).

“Bagaimana ketika mendapat susulan beberapa bulan lepas doktor mengesahkan keadaan jantungnya didapati baik. Malah semalam arwah hadir ke pejabat seperti biasa. – Setiausaha Dun Melor / Tanazi Ariffin

“Arwah menyiap urusan pembayaran skim takaful kifallah untuk warga emas di Dun Melor yang meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi di sini.

Jenazah Allahyarham akan disolatkan di Masjid Muhammadi, Kota Bharu selepas solat Jumaat nanti dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Pondok Haji Hassan, Ketereh.

Arwah meninggal seorang isteri Ustazah Romaini Daud dan enam anak. Al Fatihah.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button