DuniaSemasaSyria

Berjuta pelarian Syria berdepan risiko lebih dahsyat jika akses sempadan terus disekat

Nyawa Marwa melayang akibat kedaifan hidup dalam khemah

IDLIB : Rakyat Syria berdepan risiko lebih dahsyat sekiranya akses lebih banyak misi kemanusiaan melintasi sempadan tidak diluluskan. Tahun lalu akses untuk kerja-kerja kemanusiaan terutama berhampiran sempadan Turki dikurangkan hanya kepada satu laluan sahaja dan menyukarkan urusan penghantaran bantuan. Keputusan itu dimuktamadkan oleh dua kuasa besar yang menganggotai Majlis Keselamatan, Rusia dan China.

Sehubungan itu, Timbalan Penyelaras Kemanusiaan Rantau Syria PBB, Mark Cutts berharap keputusan kali ini akan berpihak kepada lebihan akses kerana tempoh untuk pembaharuan mandat operasi kemanusiaan berkenaan berakhir bulan depan.

Pic: Khemah pelarian Idlib / PBB

Katanya, lebih tiga juta orang, majoritinya menjadi pelarian dalam negara sejak berdekad perang saudara di Syria, justeru harapan untuk akes yang lebih banyak amat didambakan demi nasib pelarian.

“Ia akan menjadi satu yang lebih dahsyat kerana jika resolusi akses Majlis Keselamatan itu tidak dipanjangkan. Kami tahu ramai manusia yang akan semakin menderita. Harapan kami daripada Majlis berkenaan ialah meletakkan keperluan orang awam melebihi daripada segalanya. Di utara Syria, terdapat manusia yang sangat memerlukan daripada manusia lain di dunia.” – Mark Cutts / Timbalan Penyelaras Kemanusiaan Rantau Syria PBB

Menurut dailysabah, Cutts berkata demikian kepada agensi Reuters selepas menghantar bekalan bantuan di Reyhanli,  sempadan Turki.

Pada ketika ini sejumlah 1,000 trak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, PBB ,memasuki Syria dari laluan sehala Bab al-Hawa untuk menghantar barang makanan, perubatan, dan peralatan bantuan kemanusiaan yang menjadi keperluan bagi setiap empat dari lima orang Syria di kawasan utara Syria itu.

“Inilah talian hidup mereka Lebih setahun lalu, separuh anggota Majlis Keselamatan berjaya dalam tindakan mereka yang mengaibkan menutup dua akses laluan sempadan ke dalam Syria. Bab al-Hawa sahaja yang kita ada…. Sekiranya ia ditutup ia mencetuskan kekejaman yang tidak masuk akal. ”  – Duta Amerika Syarikat ke PBB Linda Thomas-Greenfield

Nyawa pelarian terus melayang

Semalam di kawasan pinggir Idlib, utara Syria, dua hari berturut-turut serangan dilancarkan bertalu-talu.  Banyak kemusnahan berlaku dengan runtuhan bangunan akibat bedilan bom.  Pasukan Pertahanan Awam Syria, The White Helmet, melaporkan seorang maut manakala seorang lagi cedera di kawasan pinggir Idlib. Pada masa yang sama mereka bertungkus lumus memadamkan kebakaran yang berlaku di kawasan pertanian gandum di Hama.

Sementara itu, kehidupan di khemah-khemah pelarian terus menjadi satu ujian kepada pelarian dalam negara Syria. Seorang bayi maut, Marwa (tidak dinyatakan usia) dalam kejadian kebakaran letupan bateri elektrik. Bapanya pula melecur teruk selepas kejadian kebakaran itu.

Kehidupan pelarian dalam negara sering terdedah dengan pelbagai bencana dan kemalangan. Bencana banjir, cuaca sejuk melampau dan angin kuat sering meranapkan khemah mereka. Kebakaran dan litar pintas pula berlaku kerana tiada infrastruktur yang sempurna akibat kedudukan khemah yang berdekatan dan kedaifan mereka mendapatkan bekalan bahan api.

*****Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM, menjemput sahabat peduli Ummah untuk sama menjayakan Misi Bantuan Khas Syria kerana kutipan Dana masih lagi berkurangan untuk sasaran RM6,000,000. Justeru berikut bantuan terdesak yg diperlukan:

– RM250 bantuan selimut

– RM600 saham wakaf rumah pelarian

– RM500 bantuan ubat-ubatan

– RM250 bantuan food pack 1 bulan

– RM250 bantuan alat pemanas

– RM500 wakaf saham bina sekolah #40

– RM500 bantuan kitchen/kilang roti MAPIM

____

2 CARA MENYUMBANG

KE DANA BANTUAN KECEMASAN

MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)

1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):

INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com

ATAU

2. Salurkan Sumbangan  Menerusi Maybank

SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)

Akaun No : 562834636987

 

Related Articles

Back to top button