Semasa

Terpisah jua, keluarga di tahanan pelarian, dia pula meringkuk 52 tahun dalam penjara!

Mahkamah Lesbos jatuhi hukuman kerana masuk Greece secara haram

LONDON: Malangnya nasib seorang pelarian. Terpisah dari negara tumpah darah, dan kini berdepan kurungan besi selama 52 tahun selepas mahkamah Lesbos, di Greece menjatuhi hukuman ke atasnya kerana bersalah memasuki negara itu secara haram.

Pelarian Syria itu yang hanya dikenali sebagai nama gelaran K.S., tiba di Chios, Greece dari Turki pada Mac tahun lalu menaiki bot bersama isteri dan tiga agi anaknya yang masih kecil bersama-sama dengan 40 yang lain.

Setelah gagal mendapat perlindungan sebagai pelarian, kerajaan Greece menuduh dia dengan tambahan dakwaan, antaranya mengurus kemasukan haram dan menyebabkan kapal tenggelam setelah pihak berkuasa mengetahui dia mengemudi bot untuk menuju ke negara itu.

Bagaimanapun semua dakwaan ke atasnya dinafikan oleh agendi yang menyokong K.S.

Sudahnya, K.S terlepas daripada semua dakwaan yang dinyatakan. Namun dia tetap didakwa kerana kemasukan haramnya ke negara itu yang sekaligus memisahkan dirinya dengan negara dan keluarga, yang dikekalkan berada di khemah pelarian.

K.S ketika menceritakan perjalanannya selepas meninggalkan Syria, dia dipenjara di Tukei kerana enggan mengambil bahagian dalam operasi tentera Turki di Libya.

Setelah dibebaskan dia dan keluarganya memutuskan untuk bergerak ke Eropah selepas pimpinan Presiden Reccep Tayyip Erdogan membenarkan pemohon suaka politik dan migran untuk pergi ke negara Kesatuan Eropah.

Ibarat keluar mulut harimau masuk mulut naga – sekumpulan besar migran dan pelarian mencuba memasuki Greece namun terperangkap apabila yang secara tiba-tiba menguatkuasakan langkah menghalang sementara kemasukan pelarian ke Athens. Langkah Perdana Menteri Kyriakos Mitsotakis itu adalah untuk Greece melindungi wilayahnya dan sempadan negaranya daripada dibolosi oleh mana-mana pelarian.

Agensi kemanusiaan yang menyokong K.S, You Can’t Evict Solidarity, berpendapat hukuman ke atasnya amat keras dan melambangkan sikap dan layanan Greece terhadap migran dan pemohon suaka politik.

Jurucakapnya, Johannes Korner berkata kepada akhbar The Independent, hukuman itu mencerminkan polisi Greece yang tidak menerima pelarian dan mereka yang menjadi pelarian dianggap melakukan jenayah.

“Mereka mahu orang pelarian jangan mendekati Greece, dan mereka yang melarikan diri daripada negaranya dikatakan berbuat jenayah. Satu tindakan `gila’ dengan menghukum K.s (pelarian Syria) dengan penjara yang terlalu lama”

Sementara itu, agensi PBB untuk pelarian, UNHCR, memberi amaran kepada Greece bahawa menolak kehadiran pelarian yang mengharungi Laut Aegean dari Turki boleh dianggap salah di bawah peruntukan undang-undang antarabangsa dan Kesatuan Eropah.

UNHCR juga menerima ratusan dakwaan menyatakan Greece menolak kehadiran pendatang dan pelarian sejak Mac 2020 dan mengarahkan Athens menyiasat dakwaan berkenaan.

**

__ *Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM, sebelum ini berjaya membina dan menggali 17 buah telaga di Syria atas infaq orang ramai.

Wakaf telaga air itu berharga RM30,000 dan dimanfaatkan oleh anggaran seramai 200,000 orang di kawasan perkampungan pelarian.

*MAPIM Malaysia menjemput sahabat peduli Ummah untuk sama menjayakan Misi Bantuan Khas ini kerana kutipan Dana masih lagi berkurangan untuk sasaran RM6,000,000. Justeru berikut bantuan terdesak yg diperlukan:
– RM250 bantuan selimut
– RM600 saham wakaf rumah pelarian
– RM500 bantuan ubat-ubatan
– RM250 bantuan food pack 1 bulan
– RM250 bantuan alat pemanas
– RM500 wakaf saham bina sekolah #40
– RM500 bantuan kitchen/kilang roti MAPIM
____
2 CARA MENYUMBANG
KE DANA BANTUAN KECEMASAN
MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)
_____
1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):

INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com

ATAU

2. Salurkan Sumbangan
Menerusi Maybank
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987

Related Articles

Back to top button