Semasa

Kolej Vokasional Butterworth ditutup, 36 positif Covid-19

Keadaan terkawal

Georgetown 29 Mac : Kolej Vokasional Butterworth dekat sini, diarahkan ditutup pada Sabtu lalu selepas 36 orang di disahkan positif Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Pulau Pinang Dr Norlela Ariffin berkata, setakat ini keadaan di kolej itu terkawal.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memerintahkan sesi pengajian ditutup sejak Sabtu lalu,” katanya ketika sesi libat urus Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini, hari ini.

Sesi libat urus itu diadakan selama dua hari sebagai pengganti kepada Sidang DUN dan ia adalah untuk membolehkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) membangkitkan sebarang masalah secara langsung kepada exco negeri.

Menurut Dr Norlela, pada 21 Mac lalu terdapat seramai 16 pelajar diuji positif Covid-19 di sebuah sekolah di Bukit Tambun dekat sini.

“Pihak berkuasa dapat mengawal keadaan kerana hanya membabitkan satu kelas dan sekolah tetap terbuka dan tidak perlu ditutup,” katanya sambil menyatakan bahawa terdapat kira-kira 1,000 pelajar di sekolah berkenaan.

Mengenai Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di Pulau Pinang, Norlela mengatakan bahawa proses vaksinasi sudah dijalankan kira-kira 97.5 peratus untuk fasa pertama pada 24 Mac lalu.

Related Articles

Back to top button