HiburanSemasa

Polis rekod keterangan Neelofa, PU Riz

Siasatan kaitan langgar SOP majlis pernikahan

PETALING JAYA: Polis telah mengambil keterangan selebriti popular Neelofa dan pendakwah bebas Muhammad Haris Mohd Ismail atau dikenali sebagai PU Riz berhubung dengan pelanggaran SOP ketika majlis pernikahan mereka.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, pasangan selebriti itu dirakam percakapan petang tadi oleh pengawai penyiasat.

“Neelofa dan suaminya, PU Riz hadir di Ibu pejabat Polis Dang Wangi petang tadi bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan,” katanya kepada Utusan Malaysia, Isnin ( 5 April ).

Terdahulu, Mohamad Zainal memberitahu, kes siasatan berhubung dengan pelanggaran SOP melibatkan majlis pernikahan Neelofa dijangka siap minggu ini.

Bagaimanapun, katanya, pihak polis perlu mengambil keterangan selebriti tersebut serta suaminya sebelum kertas siasatan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

Setakat ini, beberapa pihak telah diambil keterangan termasuk pengurus Neelofa, penganjur acara dan pekerja hotel.

Terdahulu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) selepas mendapati majlis yang berlangsung itu gagal mematuhi SOP dan tiada penjarakan fizikal.

Oleh Pelatih Fakuti Filem, Teater dan Animasi, UITM Puncak Perdana – Arif Ikhwan

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button