DuniaSemasa

Iran berpuasa mulai Rabu

Majoriti negara sambut Selasa

TEHRAN : Umat Islam di Tehran menyambut bulan Ramadan pada Rabu (hari ini) walaupun diuji dengan pandemik Covid-19.

Menurut laporan Agensi Berita Kerajaan, IRNA, Iran akan mula berpuasa pada Rabu kerana anak bulan menandakan bulan Ramadan tidak muncul.

“Anak bulan Ramadan tidak kelihatan semalam. Oleh itu, Rabu akan menjadi hari pertama Ramadan,” – Ayatollah Ali Khamenei / Pemimpin Agung Republik Islam Iran

Biasanya untuk menentukan bulan Ramadan dari mula hingga akhir, ia ditentukan sama ada mengikut kalender ataupun secara falak iaitu meneropong anak bulan.  Umat Islam tidak dibenarkan makan dan minum bermula pada azan Subuh sehingga azan Maghrib dan secara tradisinya berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan ketika berbuka puasa.

Tahun ini mereka bergelut untuk mengawal ‘gelombang keempat’ Covid-19 yang berpunca daripada peningkatan jumlah perjalanan ketika sambutan Tahun Baharu Parsi bulan lalu.

Kira-kira dua juta rakyat Iran dijangkiti oleh wabak Covid-19 keseluruhannya manakala hampir 65,000 orang terkorban.

Semalam, dalam tempoh 24 jam dimaklumkan bahawa 23,311 kes baharu yang juga jumlah harian tertinggi oleh Menteri Kesihatan Iran, Saeed Namaki.

Saeed Namaki menggesa orang ramai untuk solat di rumah masing-masing. Solat berjemaah hanya dilakukan sekali seminggu yang membabitkan jumlah jemaah yang minimum, di ruang terbuka, menjaga penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka.

Presiden Iran, Hassan Rouhani yang berdepan krisis ekonomi, mengumumkan pakej bantuan sempena Ramadan Sabtu lalu, yang dikhususkan untuk 60 juta daripada 83 juta rakyat Iran. – AFP

Oleh pelatih fakulti Filem, Teater dan Animasi – Muhammad Nasrul Haqim

Related Articles

Back to top button