Semasa

PDRM cadang Neelofa, PU Riz dikompaun

Serah siasatan kes kepada Timbalan Pendakwa Raya

KUALA LUMPUR : Dalam kes siasatan berhubung dengan majlis perkahwinan selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, PU Riz sudah diserahkan kepada timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut atas kes melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata pihaknya juga mencadangkan kompaun dikeluarkan terhadap pasangan terbabit.

“Timbalan Pendakwa Raya bagaimanapun yang akan putuskan sama ada mereka akan didakwa atau sebaliknya.” – Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner /  Mohamad Zainal Abdullah

“Kertas siasatan sudahpun diserahkan dan kita cadang pasanga berkenaan dikenakan kompaun,” katanya ketika dihubungi, Selasa.

Sebelum ini, polis sudah merekod dan dilaporkan membuka kertas siasatan membabitkan majlis perkahwinan Neelofa dan PU Riz.

ACP Mohamad Zainal dipetik berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 21A  Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Neelofa, 32, selamat diijabkabulkan dengan pelakon dan pendakwah bebas, PU Riz, 26, di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, pada 27 Mac lalu.

Isu pelanggaran SOP pada majlis itu timbul selepas tular di media sosial satu gambar menunjukkan jemputan yang hadir tidak mematuhi SOP PKP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

oleh : Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi, Arif Ikhwan

Related Articles

Back to top button