Bantuan MAPIM Di GazaKemanusiaanPalestin

85% Palestin kini milik Israel

Dulunya pelarian kini pendatang yang menjajah

 BANGI:

85 % Palestin kini dikuasai Israel, bagaimana ini terjadi?

Selepas berlakunya Holacoust, berbondong-bondong pendatang Yahudi berpindah ke tanah Palestin. Palestin yang pada mulanya menerima mereka dengan baik pada tahun 1947 tetapi kebaikan itu dibalas dengan kejam dengan merampas bumi Palestin dengan mengatakan tanah itu tanah mereka.

Sejak pada awal 1900, Palestin yang berada di bawah pemerintahan kerajaan Othmaniah mempunyai penghuni dari pelbaga kepercayaan terutamanya Islam, Kristian dan Yahudi yang tinggal bersama.

Bagaimana pun pergerakan Zionis di Eropah untuk membangunkan sebuah negara kemerdekaan milik bangsa Yahudi, memikirkan Palestian adalah tanah idealnya. Pada gelombang pertama, mereka berhijrah ke Palestin disebabkan berlakunya diskriminasi terhadap kaum Yahudi atau dikenali sabagai ‘Holocaust’ di Jerman.

Pada pengakhiran perang dunia pertama, kerajaan Uthmaniah rapuh dan terus runtuh kerana kemunafikan pemerintahan Kamal Atartuk. Beberapa negara terbahagi kepada beberapa kuasa besar. Malang buat Palestin ia di bawah taklukan Britain. Britain menjadi pelobi pada tahun 1917 Perjanjian Balfour meletakkan Palestin terus menimpa nasib malang apabila Britain mengisytiharkan sokongan untuk satu tanah buat bangsa Yahudi di Palestin. Selepas itu jumlah pendatang Yahudi terus meningkat dari tahun ke tahun.

Punca tersebut menyebabkan pergaduhan di antara bangsa Arab dan Yahudi sehingga Britain terpaksa mengundurkan diri dan melepaskan isu tersebut kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). PBB menerima rancangan pembahagian dua negara iaitu untuk Yahudi diisytiharkan pertubuhan tanah Israel mendapat 56.5% manakala bangsa Arab pula mendapat 43.5% tanah Palestin.

Di bandar Baitulmaqdis iaitu tempat suci bagi orang Islam, Kristian dan Yahudi adalah tempat kawalan zon antarabangsa PBB. Yahudi menerima rancangan PBB dan mahu membangunkan sebuah negara lantas mengisytiharkan Israel sebagai sebuah negara.

Tetapi jiran negara Arab menolak tindakan merampas tanah Palestin itu sehingga mencetuskan peperangaan di antara Arab dan Israel pada tahun 1948 hingga 1949. Israel menang dalam peperangan. Bertitik tolak daripada itu tanah Palestin terbahagi kepada tiga bahagian – Jordan menduduki Tebing Barat, Mesir menduduki Gaza dan Israel mengambil alih tanah Palestin sebanyak 78% termasuk Baitulmaqdis barat.

Sebanyak 700,000 pelarian Palestin akan sentiasa mengingati hariitu sebagai hari melapetaka ‘Al-Nakba’. Pada 1967, perang enam hari ditamatkan di antara Israel dan negara Arab.

   

Walaupun tiada perasmian perjanjian damai, sengketa dilihat mula reda. Kemudian Israel mula meneroka ke Gaza dan Tebing Barat menyebabkan pergaduhan Israel dan Palestin sehingga mencetuskan kewujudan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO). Matlamat PLO adalah membebaskan Palestin dengan cara yang perlu dilakukan  walaupun pergaduhan tetap berterusan bertahun-tahun.

Akhirnya PLO menerima pembahagian tanah antara Palestin dan Israel tetapi pergaduhan tidak berakhir begitu sahaja. Lebih ramai pendatang mula menduduki  Israel di kawasan pendudukan Palestin, secara paksa dan pelabgai tipu helah. Rumah mereka dirobohkan, tanah mereka dirampas dan kebun dibakar serta tembok besar tinggi dibina yang menurut komuniti antarabangsa, ia satu menyalahi dan melanggar undang-undang antarabangsa.

Tekanan ke atas Palestin semakin meningkat sehingga berlakunya kebangkitan ‘Intifada’ dan bermulalah organisasi Hamas yang menjadi pejuang kepada Palestin. Hamas adalah pergerakan politik yang bermati-matian akan melawan  pendudukan Israel di Gaza dan Tebing Barat.

Israel, Amerika Syarikat dan PLO membuat perjanjian Oslo untuk membahagi tiga kawasan iaitu kawasan A di kawal sepenuh oleh Palestin, kawasan B di kawal Palestin-Israel dan kawasan C dibawah penuh kawalan Israel. Tetapi penyelesaian tidak bermakna kerana ia lebih menambahkan masalah.

Kawasan C di Tebing Barat mempunyai tanah pertanian, air dan mineral yang menguntungkan pendatang Yahudi. Sebaliknya rakyat Palestin tidak menikmati sumber berkenaan dengan adil. Rundingan damai tidak membuktikan sebarang faedah kepada Palestin sehinggalah ia mecnetuksn Intifada ke-2. Kebangkitan rakyat Palestin disekat dengan Israel mula membina dinding, meletakkan pusat pemeriksaan untuk mengawal pergerakan rakyat Palestin.

Pada tahun 2005, Israel menarik diri di Gaza tetapi tetap meneroka di Tebing Barat. Hamas yang semakin diterima mendapat kuasa di Gaza dan terpisah daripada pihak berkuasa Palestin yang agak liberal dengan Israel. Kini Tebing Barat dan Gaza dimiliki Palestin namun Israel menyekat kebebasan mereka dengan menghalang pergerakan darat, udara dan laut.

Terkini kawasan kejiranan Sheikh Jarrah masih dalam perbicaraan di mahkamah. Rakyat Palestin, penduduk Sheikh Jarrah dan wartawan serta penyokong hak asasi manusia dihalang polis Zionis. Rentetan dengan cubaan Israel merampas masjidil Aqsa Hamas dan menyerang jemaah Palestin yang ingin bersolat di Masjidil Aqsa sempena mengambil peluang 10 malam terakhir Ramadan akahirnya tidak diendahkan Israel, memaksa Hamas bertindak balas sehingga bermula pertempuran 11 hari, pada Mei lalu.

Ketamakan, tidak tahu malu bangsa Israel seharusnya membuka mata masyarakat mengenai kezaliman dan penjajahan yang dilakukan ke atas rakyat Palestin. Rundingan di meja berlangsung namun ia tidak memberi erti dengan kurungan yang dibina oleh penjajah bangsa laknatullah itu. Isu Palestin bukan sahaja isu agama, tetapi ia nilai sebenar unsur kemanusiaan yang dinafikan oleh kebinatangan Israel.

Oleh: Muhammad Nasrul Haqim bin Mohd Nasir – Fakulti Filem, Teater dan Animasi

 

Related Articles

Back to top button