Covid19Semasa

Detik hitam…98 kematian dalam sehari KKM tambah kontena untuk jenazah

Kes kematian tertinggi sejak pandemik

PUTRAJAYA : Hari ini merupakan satu detik hitam apabila negara mencatatkan kes kematian harian COVID-19 yang tertinggi sejak pandemik ini bermula.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Nor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata dengan pertambahan 98 kes kematian pada hari ini, ia membawa jumlah keseluruhan kes kematian COVID-19 ke angka 2650. Daripada jumlah ini, 471 kematian berlaku pada tahun 2020, manakala 2179 kematian dicatatkan dalam tempoh lima bulan pertama 2021. Dalam tempoh 1-29 Mei 2021 sahaja, sebanyak 1144 kematian disebabkan COVID-19 telah direkodkan. Ini merupakan jumlah kes kematian bulanan yang paling tinggi setakat ini.

Bilik simpanan mayat di hospital-hospital KKM kini mula penuh dan semakin sukar untuk menampung penambahan mendadak jumlah jenazah/mayat susulan peningkatan kematian akibat COVID-19.

Sehubungan itu katanya , pihak perkhidmatan perubatan forensik telah menyediakan kontena khas khusus sama ada untuk jenazah atau mayat pesakit COVID-19 atau bukan COVID-19.

sumber : telegram COVID19 Malaysia
sumber : telegram COVID19 Malaysia

“Pihak perkhidmatan perubatan forensik telah menyediakan kontena khas khusus sama ada untuk jenazah atau mayat pesakit COVID-19 atau bukan COVID-19 di lima buah hospital iaitu Hospital Selayang, Hospital Serdang, Hospital Sultanah Aminah JB, Hospital Queen Elizabeth I dan Hospital Sungai Buloh serta satu “fleximort” khusus untuk jenazah atau mayat pesakit COVID-19 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah. Setiap kontena khas ini boleh menampung maksimum 20 jenazah atau manakala bagi “fleximort” maksimum sebanyak 12 jenazah.” – Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Nor Hisham Abdullah

Dalam mengimbangi nyawa dan kehidupan (life and livelihood), adalah penting untuk semua pihak sentiasa meneliti semula keutamaan mereka mengikut keadaan semasa. Setiap pihak yang berkepentingan, pastinya mempunyai keutamaan masing-masing. Namun bagi KKM dan petugas kesihatan di seluruh negara, keutamaan kami adalah kesihatan awam dan menyelamatkan nyawa.

sumber : telegram COVID19 Malaysia
sumber : telegram COVID19 Malaysia

Apabila kes aktif COVID-19 melebihi kemampuan dan kapasiti kami untuk merawat, maka para doktor akan terpaksa membuat pilihan sukar untuk mengutamakan katil ICU bagi pesakit yang mempunyai potensi sembuh yang lebih tinggi berbanding pesakit yang potensi sembuhnya adalah lebih rendah (poor prognosis). Ini adalah implikasi yang tidak diingini oleh setiap petugas kesihatan, namun pilihan sukar ini akan terpaksa dilakukan apabila sistem kesihatan mencapai kapasiti maksima.

sumber : telegram COVID19 Malaysia

“Bantulah kami agar sistem kesihatan negara tidak lumpuh sama sekali. Semua pihak dari peringkat tertinggi hinggalah ke rakyat jelata perlu membantu memutuskan rantaian jangkitan virus COVID-19. Buatlah keputusan dan pilihan terbaik demi rakyat dan negara.” – Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Nor Hisham Abdullah

Marilah kita kekal duduk di rumah. Jika anda mempunyai urusan penting di luar, pastikan anda mematuhi SOP agar diri dan ahli keluarga dilindungi. Kita jaga kita. Pastikan tiada pergerakan dan tiada perhimpunan.

#LockdownKendiri
#BantuSistemKesihatanNegara #kitajagakita

 

Related Articles

Back to top button