DuniaPalestin

300 bom Israel tidak meletup di Gaza

Polis Gaza terpaksa neutralkan bahan peledak

GAZA : Lebih seminggu gencatan senjata dicapai, namun kesan serangan rejim Zionis terus berbekas ke atas rakyat Gaza.

Mereka kini kembali ke rumah masing-masing namun minggu lalu sebelum memasuki rumah yang hancur lebur seperti leburnya hati penduduk, beberapa bom yang tidak meletop ditemui.

Sehubungan itu, Pengarah Polis Palestin di Gaza, Mahmoud Salah berkata pasukannya terpaksa meneutralkan terlebih dahulu lebih kurang 300  buah bom yang jatuh di rumah rakyat Palestin semasa serangan penjajah Israel baru-baru ini, lapor Anadolu.

Salah berkata pemati bom teknikal telah dipanggil untuk meneutralkan bom dari bahan letupan walaupun mereka mempunyai bakat teknikal yang terhad.

Beliau berkata lagi bahawa bom yang dilancarkan oleh penjajah Israel cuba mengebom pusat khidmat polis untuk menamatkan khidmat polis di bandar itu.

“Israel gagal dengan teruk untuk melemahkan keselamatan dan mengugut baris hadapan kita, dan pegawai polis tetap menetapkan posisi, berkhidmat untuk rakyat kami, menyediakan pertolongan kepada masyarakat, dan menyediakan atmosfera untuk pasukan penyelamat dan kru berkerja untuk melindungi nyawa dan hak rakyat. ” – Mahmoud Salah/ Ketua Polis Gaza

Salah berkata bilangan polis terbunuh atau tercedera yang sedang menjalankan tugasan sejak kempen Israel bom.

OLEH : Muhammad Nasrul Haqim bin Mohd Nasir – Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

******

Seruan untuk kita membantu saudara Gaza dan Palestin sudah tiba. Kita bantu dengan apa yang terdaya. Bantu dengan doa dan harta benda.

MAPIM Malaysia membuka peluang untuk semua bagi membantu rakyat Palestin. Selain doa, rakyat Palestin sangat memerlukan bantuan kewangan.

MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke

Klik : http://tabunggaza.com

ATAU

menerusi Akaun Maybank

Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi

menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini

https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button