DuniaSemasa

Lebih 50 maut dalam letupan tangki gas di Haiti

PORT-AU-PRINCE : Kejadian sebuah lori tangki minyak meletup di bandar Cap-Haitien di utara Haiti semalam telah meragut sekurang-kurangnya 60 orang.

Insiden itu juga menyaksikan puluhan cedera dan kesemua mangsa dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry berkata letupan itu mengorbankan ramai mangsa dan tidak kurang juga yang cedera, sekali gus mengisytiharkan tempoh berkabung nasional selama tiga hari.

“Saya sedia maklum tentang kesedihan dan emosi berita mengerikan tentang letupan sebuah lori tangki gas malam tadi di Cap-Haitien,” tweetnya.

“Tiga hari berkabung akan diisytiharkan di seluruh negara, sebagai mengenang mangsa tragedi yang amat menyayat hati ini,” katanya.

Tambahnya, Keadaan di beberapa hospital di Cap Haitien kini sesak dengan mangsa yang cedera akibat kejadian itu.

Sementara itu, timbalan Datuk Bandar, Patrick Almonor, berkata beliau nampak antara 50 hingga 54 orang terbakar hidup-hidup sehingga mustahil mengenal pasti mayat mereka.

Menurut Almonor, pemandu lori tersebut hilang kawalan apabila berpusing mengelak sebuah teksi motosikal dan lori tangki itu terbalik.

Almonor berkata bahan api tumpah ke jalan raya dan pejalan kaki bergegas untuk mengambil minyak daripada tangki itu, yang kini kekurangan bekalan ketika Haiti bergelut dengan kekurangan bahan api yang teruk disebabkan oleh kawalan ketat kumpulan penjenayah di ibu negara Port-au-Prince.

Kawasan Caribbean mengalami isu dalam menghasilkan tenaga elektrik yang mencukupi untuk memenuhi keperluan seluruh penduduk.

Malah di bahagian yang kaya di ibu negara, utiliti elektrik Haiti yang dikendalikan kerajaan hanya menyediakan, paling banyak, beberapa jam kuasa sehari.

Mereka yang berkemampuan bergantung kepada penjana yang mahal, yang tidak membantu dalam menghadapi kekurangan bahan api yang disebabkan oleh kumpulan yang menghalang akses ke terminal minyak  di ibu negara dan pinggirannya.

-AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button