Bantuan MAPIM Di GazaDuniaKemanusiaanPalestinSemasa

Palestin mempunyai hak juga: PBB setuju siasat dakwaan jenayah rejim Israel

Hak asasi manusia dicabuli!

GENEVA : Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, bersetuju menyiasat dakwaan jenayah yang dilakukan ketika tindakan ketenteraan Israel ke atas Gaza.

Pasukan siasatan bebas bersetuju melakukan penyiasatan ke atas pelanggaran hak asasi manusia yang berlaku di Gaza, Tebing Barat dan juga Israel sebelum gencatan senjata dicapai pada 21 Mei lalu.

Bachelet menegaskan walau Israel berkata demikian, mereka tidak mempunyai bukti untuk menindakkan apa yang terjadi terhadap beberapa bangunan, pejabat mediam dan pertubuhan kemanusiaan antarabangsa di Gaza.

Bachelet berkata demikian dalam satu sidang khas di Geneva, mengenai pertempuran Israel – Palestin selama 11 hari.

“Walaupun Israel mengambil langkah berjaga-jaga dengan memberikan amaran sebelum serangan di sesuatu tempat, serangan udara di kawasan berpenduduk padat telah menyebabkan nyawa orang awam yang terbunuh tinggi, malah jumlah yang cedera juga ramai, serta kemusnahan infrastruktur orang awam. Ia didapati tindakan sembarangan dan tidak seimbang dengan kesan ke atas orang awam, serangan itu memungkinkan pembentukan satu jenayah perang.”-  Suruhanjaya Tinggi Hak Asasi Manusia di PBB / Michelle Bachelet

Suruhanaya Tinggi Hak Asasi Manusia di PBB, Michelle Bachelet memberitahu majlis berkenaan bahawa serangan Israel ke atas Gaza membentuk tindakan jenayah peperangan.

Beliau juga berkata Ha mas pula melanggar undang-undang kemanusiaan dengan mensasarkan roket ke Israel.

Ketika Bachelet mengumumkan perkara sedemikian, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pula menempelak keputuan PBB itu dengan mengatakan ia satu tindakan memalukan oleh PBB.

“Hari ini, satu keputusan memalukan dikeluarkan dan satu contoh bahawa Majlis Hak Asasi Manusia PBB secara terang-terangan, dan taksub anti-Israel”

Ha mas juga katanya perlu mempunyai akauntabiliti terhadap apa yang dilakukan, kerana dengan itu Israel juga berhak mempertahankan diri. Namun Palestin juga mempunyai hak yang sama.

Jurucakap Ha mas dalam pada itu berkata tindakan yang dilakukan pasukan itu adalah satu yang tindakan mempertahankan yang dibenarkan dan menggelar ia sebagai langkah segera untuk menghukum Israel.

253 orang terbunuh, 1,900  cedera dalam pertempuran 11 hari oleh serangan Israel ke atas Gaza.

*********Seruan untuk kita membantu saudara Gaza dan Palestin sudah tiba. Kita bantu dengan apa yang terdaya. Bantu dengan doa dan harta benda.

MAPIM Malaysia membuka peluang untuk semua bagi membantu rakyat Palestin. Selain doa, rakyat Palestin sangat memerlukan bantuan kewangan.

MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

 

Related Articles

Back to top button