DuniaSemasa

3 maut ICU terbakar

Siasatan awal berpunca daripada ventilator

Tiga maut dalam kebakaran yang berlaku di sebuah hospital di bandar Ryazan, Rusia.

Pihak berkuasa tempatan memaklumkan kebakaran itu kemungkinan disebabkan ventilator yang rosak. Kebakaran dikatakan berlaku di unit rawatan insentif (ICU) di sebuah hospital di Ryazan, kira-kira 200 kilometer (km) tenggara Moscow.

Jawatankuasa Penyiasat menerusi kenyataan memaklumkan kejadian itu berlaku kira-kira 3.30 pagi (waktu tempatan). Jelas kenyataan itu, tiga orang maut akibat terhidu gas karbon monoksida manakala tujuh lagi sedang menerima rawatan. Satu siasatan telah dilancarkan atas dakwaan `kematian disebabkan kecuaian’.

Penyiasat berkata, pihaknya masih sedang menyiasat punca kebakaran itu.  Bagaimanapun, Gabenor Ryazan, Nikolay Lyubimov menyatakan kebakaran itu mungkin disebabkan ventilator.

“Di salah sebuah wad ICU di hospital terbabit, seorang pesakit dalam keadaan serius menggunakan ventilator.“Nampaknya, ventilator itu terbakar,” kata Lyubimov kepada stesen televisyen tempatan. – AFP

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button