PalestinSemasa

Berlaku peningkatan mendadak dalam kadar kematian neonatal di Gaza — WHO

Kematian bayi baru lahir meningkat secara mendadak di Gaza, bersekali dengan bayi yang dilahirkan kurang berat badan, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia, memetik pakar perubatan di lapangan.

“Doktor melaporkan mereka melihat peningkatan besar pada kanak-kanak yang dilahirkan dengan kurang berat badan, dan tidak bertahan dalam tempoh neonatal kerana mereka dilahirkan terlalu kecil,” jurucakap WHO Margaret Harris berkata pada taklimat di Geneva.

Dia berkata bahawa di Kamal Adwan, satu-satunya hospital pediatrik di utara Gaza, “Sekurang-kurangnya 15 kanak-kanak kekurangan zat makanan akan datang setiap hari, dan keadaannya semakin teruk.”

WHO tidak dapat memberikan statistik tepat mengenai kematian kanak-kanak kerana kemusnahan di wilayah Palestin selepas enam bulan perang Israel ke atas Gaza, dengan Harris berkata ramai orang tidak sampai ke hospital.

Pada hari Isnin, tentera Israel berundur dari Hospital al-Shifa di Kota Gaza selepas operasi ketenteraan selama dua minggu yang menyebabkan sebahagian besar kompleks itu hancur dan mayat berselerak di kawasan berdebu.

Hospital itu adalah yang terbesar di wilayah Palestin

“Kompleks Perubatan Al-Shifa telah hilang selamanya,” kata pemangku pengarahnya Marwaan Abu Saadah dalam video WHO yang dirakam di tempat kejadian.

Harris menambah: “Ia tidak lagi dapat berfungsi dalam sebarang bentuk.”

“Memusnahkan al-Shifa bermakna merobek jantung sistem kesihatan,” katanya sambil menyatakan bahawa ia adalah hospital utama dengan 750 katil, 25 dewan bedah dan 30 wad rawatan rapi.

SUMBER: AFP

 

Related Articles

Back to top button