Covid19KerohanianSemasa

Kelantan benarkan solat terawih, imarah masjid sepanjang Ramadan

Kanak-kanak 7 tahun turut dibenarkan hadir

KOTA BHARU :  Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) membenarkan solat tarawih serta aktiviti pengimarahan di masjid dan surau seluruh negeri sepanjang bulan Ramadan bermula minggu hadapan.

Yang Dipertua MAIK yang juga Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, bermula Ramadan ini, kanak-kanak yang berumur tujuh tahun dan ke atas dibenarkan untuk mengikuti program dianjurkan di masjid, surau dan musolla.

Perkara berkenaan mendapat perkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V sebagai Ketua Agama Islam Negeri.

“Bagi solat sunat tarawih, ia dibenarkan mengikut kapasiti sebenar masjid, surau serta musolla dengan penjarakan fizikal satu meter dan boleh dilaksanakan sama ada lapan atau 20 rakaat dengan bacaan surah atau ayat pendek dalam tempoh tidak lebih satu jam tidak termasuk solat Isyak. – Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz / Yang Dipertua MAIK

Bukan itu sahaja, qiamullail turut dibenarkan sepanjang Ramadan iaitu satu jam sebelum waktu Imsak. Manakala, aktiviti tadarus al-Quran dibenarkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh tidak melebihi satu jam.

Selain itu, beliau menyatakan dalam masa sama, iktikaf di masjid juga dibenarkan dengan penjarakan fizikal satu meter.

Tengku Tan Sri Mohamad Rizam berkata, bagaimanapun tazkirah tidak dibenarkan sepanjang pelaksanaan solat sunat tarawih, manakala, tazkirah Subuh, Asar dan lain-lain adalah dibenarkan.

Tambah beliau, jamuan berbuka puasa dan bersahur tidak dibenarkan, walau bagaimanapun, masjid, surau dan musolla digalakkan untuk menyediakan hidangan berbuka dan bersahur secara bungkus dan diagihkan kepada jemaah.

Dalam masa sama, jamuan moreh juga tidak dibenarkan, namun pihak masjid boleh menyediakan jamuan moreh secara bungkus untuk dibawa pulang -Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz / Yang Dipertua MAIK

Oleh : Pelatih fakulti Filem, Teater dan Animasi – Muhammad Nasrul Haqim

Related Articles

Back to top button