Semasa

Ulang tahun keputeraan Sultan Selangor tidak disambut

Kerana pandemik

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj bertitah, baginda tidak akan mengadakan sambutan ulang tahun keputeraannya kerana pandemik Covid-19.

“Beta mengambil keputusan untuk tidak mengadakan sebarang istiadat semasa Hari Keputeraan tahun ini.

“Namun, Istiadat Penganugerahan dan Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor dilaksanakan pada tarikh yang akan ditetapkan bergantung kepada keadaan semasa pandemik Covid-19 ini,” titah baginda.”

31 individu dipilih menerima darjah kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’ dan ‘Datin Paduka Seri’ bagi wanita daripada 1,096 pencalonan.

Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Amin Ahmad Ahya, bagi darjah kebesaran Datuk Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S) pula, dua individu dipilih dan membawa gelaran ‘Datuk Setia’ bagi lelaki serta ‘Datin Paduka Setia’ bagi wanita.

“Sementara itu, seramai 147 individu pula menerima darjah dan bintang kebesaran lain-lain. Semua penerima melepasi tapisan keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) (Keselamatan dan Jenayah), Jabatan Insolvensi dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya lagi.

  • Iman Nur Hakim bin Azrin (Pelatih UiTM)

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button