Sukan

“Pablito” meninggal dunia

Punca kematian belum didedahkan

ROME: Legenda bola sepak Juventus, AC Milan, dan pasukan Italia, Paolo Rossi, meninggal dunia di usia 64 tahun pada hari Khamis.

Pengumuman kematian beliau dibuat menerusi saluran televisyen sukan RAI Sport iaitu tempatnya bekerja sebagai pengulas sukan pada awal hari ini.

Rossi memenangi dua kejuaraan liga Itali Serie A, satu kejuaraan Piala Eropah dan satu kejuaraan Coppa Italia semasa empat tahun bermain bersama dengan kelab Juventus.

Paolo Rossi ketika memenangi piala dunia 1982 pic: ESPN

Beliau terkenal dengan nama panggilan ‘Pablito’ dalam kalangan rakyat Itali, pemergian Rossi adalah selang beberapa hari kematian Diego Armando Maradona yang diratapi peminat bola sepak dunia.

Rossi adalah sebahagian daripada skuad Piala Dunia 1982 dan menjaringkan gol pembukaan pada final ketika Itali menewaskan Jerman Barat 3-1.

pic: ESPN

Beliau yang juga pernah bermain dengan kelab AC Milan dianggap sebagai salah seorang penyerang terbaik pada zaman kegemilangannya.

Punca kematiannya tidak didedahkan media. Beliau dilaporkan pernah menjalami pembedahan di bahagian kepala pada 30 Oktober lalu.

Muhammad Arshad Bin Azmi

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button