Covid19Semasa

Covid-19 : Kes harian tertinggi baharu 4,029 kes

8 sahaja kes import yang lain kes penularan tempatan!

PUTRAJAYA : Hari ini (16 Jan), sudah masuk hari keempat beberapa negeri menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan semula berikutan kes penularan Covid-19 yang semakin meningkat kebelakangan ini.

Kini, sekali lagi negara dikejutkan dengan jumlah kes positif harian Covid-19 yang melepasi angka melebihi 4,000 kes.

Angka itu merupakan kes harian tertinggi yang pernah direkodkan oleh Malaysia serta Selangor terus mencatatkan jumlah kes tertinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada keseluruhan kes yang dilaporkan hari ini hanya lapan kes yang membabitkan kes import, manakala sejumlah besarnya lagi adalah kes tempatan.

Beliau berkata, dengan pertambahan kes itu, Malaysia kini merekodkan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 sebanyak 155,095 kes, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 37,126 kes.

“Bagi kes penularan di dalam negara, 2,711 kes adalah warganegara Malaysia manakala 1,310 kes adalah bukan warganegara.

Gambar – Telegram MKN

“Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi sepanjang minggu ini iaitu 1,466 kes (36.4 peratus) dan daripada jumlah ini, sebanyak 1,161 kes (79.2 peratus) adalah daripada kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

“Ini diikuti Johor sebanyak 719 kes (17.8 peratus) dan Sabah sebanyak 449 kes (11.1 peratus),” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button