PalestinSemasa

Turkiye mengutuk sekeras-kerasnya serangan israel ke atas Al-Aqsa

ANKARA: Kementerian Luar Turkiye mengutuk sekeras-kerasnya serbuan zionis israel ke atas Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis.

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya serbuan Masjid Al-Aqsa oleh kumpulan Yahudi fanatik di bawah perlindungan polis dan percubaan mereka untuk menunaikan solat di kawasan ini, sekaligus melanggar status quo Haram Al-Sharif,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan pada Khamis.

Perarakan provokatif yang diadakan oleh zionis israel di perkarangan Masjid Al Aqsa

Turkiye menggesa kerajaan israel agar tidak membenarkan “tindakan provokatif” sedemikian berlaku.

“Kami menjangkakan langkah-langkah yang perlu untuk mengekalkan status quo di tempat-tempat suci akan diambil dengan serius tanpa berlengah-lengah,” tambahnya.

Beratus-ratus pelampau israel  masuk ke perkarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis yang dijajah pada pagi Khamis.

Ini berlaku ketika pelampau israel bersiap sedia untuk menyambut ulang tahun ke-56 pendudukan Baitulmaqdis Timur bersama-sama dengan perarakan mengibarkan bendera provokatif mereka melalui Kota Lama Baitulmaqdis.

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik:
www.tabunggaza.com

ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button