KemanusiaanPalestin

413 rakyat Palestin direman Israel November lalu

Lebih 4,000 orang warga Palestin penuhi penjara rejim

RAMALLAH, PALESTIN :  Statistik  badan NGO Palestin mendedahkan sehingga November lalu, seramai 413 orang warga Palestin direman tentera rejim, dari seluruh wilayah Tebing Barat.

Menurut Anadolu Agency,  jumlah yang dilaporkan ditahan di Baitulmuqaddis adalah seramai  157 orang, kata Suruhanjaya Tahanan dan Bekas Tahanan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Persatuan Tawanan Palestin, Persatuan Sokongan Dan Hak Asasi Manusia Penjara Addameer, dan Pusat Maklumat Wadi Hilweh.

Dalam satu kenyataan bersama badan-badan NGO itu berkata 49 orang bawah umur serta tujuh orang wanita adalah antara orang yang turut ditahan pada bulan yang sama.

Daily Sabah  melaporkan berdasarkan kenyataan tersebut, penjara Israel mengandungi kira-kira seramai 4,400 tahanan rakyat Palestin termasuk 41 kaum wanita, 170 orang bawah umur, serta 380 yang ditahan bawah polisi penahanan pentadbiran Israel tanpa tuduhan perbicaraan.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button