Semasa

Ketika di puncak modelling, tudungnya semakin hari semakin mengecil! , dia tekad mengundur diri

Sebagai seorang pelarian, saya akan tetap teruskan kerja kemanusiaan saya

Halima Aden, super model hijab pertama dunia  berjaya menjadi model muka depan the Vogue – majalah fesyen berprestij. Namun beliau mengejutkan industri fesyen apabila mengundurkan diri daripada dunia glamor fesyen. November lalu, beliau menoktahkan dirinya untuk tidak lagi berada dalam dunia dan pentas peragaan, kerana tidak bersesuaian dengan ajaran Islam. Mengapa ? Ikuti kisah pengundurannya seperti dinyatakan kepada wartawan BBC Sodaba Haidare.

Dilahirkan di sebuah kem pelarian Somali – Kokuma di Kenya, Halima Aden, 23, adalah seorang supermodel wanita berhijab pertama yang menyertai pertandingan Miss Minnesota Amerika Syarikat pada tahun 2016.

November lalu Halima Aden mengambil keputusan keluar daripada industri fesyen mengatakan ia bertentangan dengan ajaran Islam.

Sebagai seorang yang berhijab, Halima amat memilih dalam pemilihan pakaian untuk diperagakannya. Malah bertudung adalah satu kemestian baginya.

Halima modelling for Max Mara in 2017
Halima ketika memperagakan Max Mara pada Februari 2017

Pada awal kerjayanya, Halima akan membawa sebuah bagasi berisi hijab, baju labuh dan skirt panjang  setiap kali hadir pada sesi penggambaran.

Malah beliau akan sentiasa memakai hijab hitam sempena kempen Rihanna’s Fenty Beauty.

Ketika menandatangani  kontrak dengan IMG –  antara agensi model terbesar di dunia, Halima menimbulkan satu klausa supaya mereka bersetuju untuk dia mengenakan hijab di setiap masa ketika bergaya di pentas.

Namun setelah masa berlalu, Halima semakin kurang mendapat pengawalan dengan pakaian yang diberikan kepadanya.

Hijab yang diberi semakin hari semakin mengecil, hingga mendedahkan dada dan lehernya, malah seolah tidak disediakan sebarang kain sebagai padanan hijab untuknya.

Hingga kadang kala beliau sendiri terpaksa membaluti jean atau fabrik lain menutupi kepalanya.

Halima Aden at the Tommy Hilfiger runway
Halima di atas pentas peragaan Tommy Hilfiger London Spring 2020

Selain itu, beliau juga rasa bertanggungjawab apabila mendengar bahawa model-model berhijab lain tidak mendapat penghormatan yang sama yang diberikan ke atasnya.

Antaranya tempat khas untuk menyalin pakaian sedangkan model lain harus menyalinnya di bilik air.

“Ini sesuatu yang tidak betul,  model hijab ini mengikuti jejak langkah saya, tetapi sebenarnya saya seolah  membawa mereka masuk kepada keadaan yang lebih bahaya, sepatutnya mereka mendapat hak yang sama dan perlu dilindungi”

“Ramai antara mereka sangat muda dan industri ini boleh menjadi satu yang mengerikan. Saya seperti seorang kakak, pernah dalam satu majlis jamuan, saya sering menjadi pelindung kerana menarik salah seorang model berhijab daripada sekumpulan lelaki yang datang berduyun-duyun ke arahnya.”

“Saya terfikir – ini satu situasi tidak baik baginya”

Selepas beliau menjadi model, ibu Halima menentang kariernya itu dan mahu Halima menjadi “idola yang baik bagi golongan remaja muda”.

Sebahagian rasa bertanggungjawab dan rasa kekitaan yang ada pada Halima ini adalah kesan daripada cara dia membesar.

Sebagai kanak-kanak di khemah pelarian, beliau diajar oleh ibunya untuk membantu sesama pelarian lain.

Kualiti diri itu terus diperkasa sehinggalah mereka tinggal di komuniti besar Somali di Amerika Syarikat.

Berlawanan dengan hasrat ibunya untuk beliau berjaya pada masa depan, Halima pula tertarik dengan peragaan buat pertama kalinya apabila memenangi ratu hijab pertama di kolej.

Walaupun mendapat tentangan ibunya Halima meneruskan ke peringkat Miss Minnesota USA in 2016 dan berjaya sehingga ke peringkat separuh akhir.

Halima Aden
Halima ketika bertanding pada ratu cantik Miss Minnesota pada 2016

Bertitik tolak daripada itu beliau meneruskan kerjaya dalam dunia peragaan – walaupun ibunya sering mengingatkan beliau mengenai – tiga pekara penting : kulit hitam, Islam dan pelarian!

Namun, meyakinkan ibunya dengan aspek kemanusiaan yang cuba dibawanya demi mendapat restu ibu.

Mengingati jerih payah berjalan selama 12 hari dari Somalia ke Kenya – pengalaman itulah  yang menjadi kekuatan Halima untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik.

“Kerana itulah saya berfikir, tiada makna berada di dalam dunia modelling, tetapi komponen kemanusiaan dan  memberi semula kepada yang memerlukan disisihkan, dan dalam pertemuan saya bersama IMG saya katakan kepada mereka mengenai penyertaan saya bersama UNICEF”

Pada tahun 2018, Halima menjadi seorang duta UNICEF dan melawat negara Kakuma bagi memberi ceramah Ted Talk.

Namun Unicef tidak memenuhi harapannya, baginya, UNICEF hanya menggunakan beliau untuk jenama mereka dan bukan pembelajaran kanak-kanak.

“Selepas bercakap dengan kanak-kanak [di Kakuma], saya mendapat kesedaran dan kemudian saya membuat keputusan tidak mahu dunia NGO menggunakan saya sebagai ‘kisah indah tentang keberanian dan harapan’.”

Justeru, dia mendakwa telah digunakan agensi demi nama agensi itu dan menolak meneruskan kariernya bersama UNICEF.

Karier model yang menuntut pengorbanan besar juga dirasakan Halima tidak sesuai dengan diriya dan tidak dapat bertahan lama apabila berjauhan dengan keluarga.

Pada dasarnya pelbagai alasan menyebabkan beliau terpaksa memadamkan hasratnya untuk terus berkecimpung daalam dunia peragaan.

Ketika kariernya berada di puncak beliau sedar dia memahami masalah dalaman, tidak boleh menerima dirinya yang sebenar.

Halima merasai tidak selesa tanpa melihat dirinya sebenar sebaliknya Halima yang dicaliti solekan dan bukan dirinya sendiri.

Pandemik Covid-19 juga menjadi titik mula untuk dia membuat keputusan yang tepat.

Tanpa sebarang peragaan pentas yang dibenarkan ketika penularan wabak, Halima pulang ke St. Cloud bersama keluarga dan kawan-kawan.

Beliau mula terfikirkan masa depan yang tidak menentu untuk tahun 2021 dan menutup noktah kepada dunia model.

Doa ibunya juga dimakbulkan apabila buat pertama kali setelah tidak bergelar model, ibunya mengambil gambar beliau bersama-sama keluarga untuk diabadikan.

“Ibu adalah inspirasi nombor satu saya dan saya bersyukur Allah memilih saya menjadi anaknya. Ibu adalah seorang wanita yang luar biasa dan mempunyai daya juang yang tinggi.”

Halima with her mother, sister Fadumo (left) and cousin Rahma
Halima bersama ibu, kakak dan sepupu.

Ketika ini keterujaannya beralih arah ke dunia filem, setelah kisah benar berdasarkan pengalaman seorang pelarian yang terselamat daripada perang dan keganasan di Afghanistan siap.

`I Am You’ bakal disiarkan di Apple TV pada Mac ini.

“Kami amat teruja untuk menontonnya dan harap boleh tercalon pada Oscar”

Meninggalkan UNICEF bukanlah bermaksud beliau bersara daripada dunia sukarelawan dan kemanusiaan sebaliknya ia akan diteruskan.

“Saya tidak akan bersara daripada kerja-kerja sukarelawan. Saya fikir dunia bukan mahukan saya sebagai seorang selebriti atau model tetapi lebih daripada itu mereka memerlukan Halima yang datangnya dari Kakuma, yang memahami nilai sebenar wang ringgit dan komuniti asalnya.”

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button