Semasa

Lelaki dipercayai pengasas `Sugarbook’ ditahan

Permohonan reman ke atas suspek akan dibuat hari ini

KUALA LUMPUR : Seorang lelaki tempatan dipercayai pengasas laman sesawang dan aplikasi temu janji ‘Sugarbook’ ditahan polis hari ini.

Suspek berusia 43 tahun dan berasal dari Gelugor, Pulau Pinang itu ditahan di kawasan rsiden di Mont Kiara, ibu negara, menerusi Op Sugarbook kira-kira jam 4.30 petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat dalam kenyataan, berkata permohonan reman ke atas suspek akan dibuat di Mahkamah Shah Alam hari ini.

” Siasatan ke atasnya dijalankan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998” – Ketua JSJ Selangor / Datuk Fadzil Ahmat

Beliau berkata, siasatan ke atas suspek juga dijalankan mengikut Seksyen 372(1)(d) Kanun Keseksaan dan Seksyen 372B Kanun Keseksaan.

Selepas menerima desakan daripada pelbagai pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, telah menyekat laman berkenaan, pada Isnin.

Bagaimanapun pada Selasa operator Sugarbook mereka laman web alternatif untuk sugarbok diakses kembali dengan pautan sucrebook.com

Bagaimanpun ketika  UmmahToday mencuba pautan itu semalam dan juga hari ini, laman web itu sudah sama sekali  tidak boleh diakses.

Minggu lalu, media  melaporkan Sugarbook sebagai platform mencari teman di antara wanita muda atau ‘sugar baby’ dengan lelaki berusia dan berharta atau ‘sugar daddy’ menimbulkan kontroversi apabila mengumumkan seramai 12,075  pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta menawarkan diri sebagai sugarbaby.

Malaysia juga dilapor berada pada kedudukan ketiga tertinggi di Asia, selepas India dan Indonesia, bagi negara mempunyai bilangan ‘sugar daddy’ paling ramai melalui aplikasi Sugarbook.
Memetik Berita Harian, Sugarbook turut mendedahkan ia mempunyai lebih 400,000 keahlian dengan 220,000 daripadanya ‘sugar baby’, 180,000 ‘sugar daddy’ dan 6,000 ‘sugar mummy’ di Malaysia.

Aplikasi berkenaan menyatakan kebanyakan ‘sugar baby’ dari Malaysia terdiri daripada pelajar institut pengajian tinggi.

Hype.com melaporkan Sunway University, – yang berada pada carta teratas – dalam kalangan pelajar yang menjadi sugarbaby bagi pasaran tempatan turut merasakan kekecewaannya terhadap data sugarbook itu.

Dalam satu kenyataan universiti itu yang dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Elizabeth Lee, beliau rasa kesal dengan laman web itu yang didakwa membabitkan komuniti universiti berkenaan dan pelajarnya untuk mempromosi dan mendapat keuntungan daripada kegiatan salah dan tidak bermoral.

Selain universiti itu beberapa universiti juga membuat laporan polis berhubung kenyataan Sugarbook.

Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata polis membuka kertas siasatan selepas menerima laporan.

Sementara itu, memetik hype.com,  dalam ketika isu itu masih hangat di negara ini, jurucakap Sugarbook, berkata laman itu hanya terjejas di Malaysia.

Jurucakap itu berkata laman web itu akan membuat sedikit pelaburan dalam SEO (  proses mengoptimumkan laman web), dengan pelaburan itu ia bakal membuka peluang perniagaan untuk ditemui melalui enjin carian.

Malah syarikat itu akan merancang membuka cawangan di negara lain yang bakal mendatangkan keuntungan lebih tinggi.

 

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button