Semasa

Ku Nan bersalah terima rasuah RM2 juta

Dipenjara 12 bulan selepas gagal menolak dakwaan

KUALA LUMPUR : Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi atas tuduhan menerima rasuah RM2 juta daripada ahli perniagaan Tan Sri Chai Kin Kong empat tahun lalu.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan dalam kes pendakwaan.

Tengku Adnan yang lebih dikenali sebagai Ku Nan menerima wang dari Chai, yang merupakan pengarah Aset Kayamas walaupun mengetahui bahawa syarikat-syarikat pengusaha itu mempunyai hubungan dengan kementerian wilayah persekutuan yang berada di bawah anggota Parlimen Putrajaya ketika itu.

KUALA LUMPUR, 7 Dis – Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kelihatan keluar dari bilik perbicaraan di Mahkamah Tinggi. 
- FOTO BERNAMA

Dalam keterangannya, Tengku Adnan mengakui bahawa dia menerima cek bernilai RM2 juta dari Chai untuk perbelanjaan kempen di pilihan raya kecil Sungai Besar (Selangor) dan Kuala Kangsar (Perak) yang diadakan pada 18 Jun 2016.

“Tidak diragukan lagi bahawa RM2 juta tetap ada di dalam akaun Tadmansori untuk kepentingan tertuduh dan tidak membayar perbelanjaan dua pilihan raya kecil itu. Dia telah menggunakan Tadmansori sebagai pelindung kepada perbuatan jenayahnya,” – Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan

Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Bandar Damansara di sini pada 14 Jun 2016 dan didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

– Nabil Najwan Zainuri (Pelajar Fakulti Animasi UiTM)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button