Covid19KesihatanSemasa

Topeng Muka Percuma Untuk Semua Rakyat Malaysia – PM Muhyiddin

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan sudah membuat keputusan semasa perutusan khas hari ke-6 ‘partial lock-down’ semalam untuk mengagihkan penutup mulut dan hidung percuma kepada rakyat negara ini yang memerlukan dan terjejas dengan penularan wabak koronavirus baharu (Covid-19).

“Saya difahamkan, harga sekeping (penutup mulut dan hidung) adalah RM1.18 dan bila sampai kita akan agihkan secara percuma kepada seluruh rakyat Malaysia yang memerlukan.

“Itu sumbangan kerajaan dalam keadaan krisis kita hadapi sekarang ini,” katanya pada sidang media.

Tan Sri Muhyiddin berkata, pada mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam, beliau juga sudah meminta Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk berbincang dengan pihak pengeluar supaya harga kawalan yang ditetapkan sebelum ini diteliti agar ia tidak terlalu tinggi.

Katanya, beliau juga berharap dalam situasi krisis kesihatan ketika ini, pengeluar penutup mulut dan hidung dapat memastikan bekalan mencukupi dan dijual pada harga yang berpatutan.

“Saya sudah mengeluarkan arahan dan berharap pengusaha kilang bersetuju. Yang kedua, kerajaan sudah meminta kilang tempatan, ada empat atau lima pengeluar dalam negara, untuk terus membekalkan penutup mulut dan hidung dengan mencukupi.

“Saya difahamkan, mereka masih berhadapan masalah untuk mendapatkan bekalan bahan mentah untuk menghasilkan topeng yang sebahagian besarnya diimport tetapi kita berharap mereka dapat menyelesaikan perkara ini.

“Kapasiti pengeluaran penutup mulut dan hidung dalam negara, saya dimaklumkan antara dua juta hingga tiga juta setiap bulan dan jika ia boleh diteruskan, saya percaya ia lebih daripada mencukupi serta Kastam sudah memutuskan supaya eksport penutup mulut dan hidung tidak dibenarkan,” katanya.

Ikhwan Solehin

We promise in proportion to our hopes, and we deliver in proportion to our fears. - Francois de la Rochefoucauld

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button