Covid19KesihatanSemasa
Trending

Makmal di Amerika Syarikat Lancarkan Suntikan Pertama Vaksin COVID-19

Vaksin dijangka akan sedia untuk kegunaan umum dalam tempoh 18 bulan

SEATTLE – Seramai empat orang rakyat Amerika Syarikat telah menjadi penerima pertama vaksin COVID-19  di pusat penyelidikan Kaiser Permanente yang terletak di Boston semalam. Ia merupakan salah satu langkah dalam fasa saringan yang dilakukan bagi mengetahui tindak balas tubuh badan manusia terhadap vaksin yang dihasilkan.

Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), sekurang-kurangnya 20 vaksin virus corona kini sedang dalam proses penyelidikan di serata dunia dalam usaha mendapatkan pencegah bagi penyakit yang disebabkan virus pembunuh tersebut yang kini telah mengorbankan lebih 15,000 nyawa.

Dalam satu temubual, Dr. Lisa Jackson, penyelidik yang mengetuai percubaan vaksin kali pertama ke atas manusia itu menekankan bahawa proses mencipta vaksin itu adalah sesuatu yang belum pernah dicatatkan dalam mana-mana sejarah. Kewujudan virus COVID-19 adalah sesuatu yang tidak dijangka sehinggalah Wuhan menjadi lokasi pertama yang menjadi punca penularan wabak berkenaan.

Awal Januari lalu China telah berkongsi maklumat terperinci bagi membolehkan para penyelidik di seluruh dunia meniru virus dan mengkaji bagaimana ia menyerang sel manusia dan menyebabkan jangkitan. Minggu lalu China meluluskan percubaan klinikal ke atas manusia bagi mendapatkan hasil tindak balas vaksin yang dicipta sebelum siasatan lanjut diteruskan.

Dr Lisa Jackson, seorang penyiasat kanan di Institut Penyelidikan Kesihatan Kaiser Permanente Washington, memaparkan foto, Ahad, 15 Mac, 2020, di Seattle. Jackson mengetuai percubaan klinikal kajian tahap keselamatan pertama ke atas manusia. (AP Photo / Ted S. Warren).

Percubaan kali pertama suntikan vaksin ini dilakukan dengan jangkaan ia dapat memastikan vaksin dapat mencetuskan tindak balas imun pada haiwan. Ulasan Dr. Lisa mengenai vaksin yang sedang dalam proses penyelidikannya itu adalah daripada replika virus semata-mata, bukan dari virus asal.

Vaksin tidak dibuat daripada virus ini. Ia tidak mempunyai sebarang bahagian virus. Ia mengandungi kod genetik yang mengarahkan sel-sel dalam badan untuk membuat protein yang terkandung dalam virus supaya mendorong tubuh manusia untuk bertindak menghasilkan imunisasi terhadap protein (virus) itu.

– Dr. Lisa Jackson

Dalam proses percubaan tersebut, kesemua penerima suntikan diberi dos yang berlainan dan akan menerima suntikan seterusnya selepas 28 hari.

Dalam pada itu, salah seorang dari penerima suntikan pertama berkenaan, Jennifer Haller  memberitahu bahawa dia sangat teruja apabila mendapat tahu dia merupakan orang pertama yang mendapat suntikan dalam sejarah penghasilan vaksin untuk virus pembunuh yang telah menjadi pandemik sejak awal Mac lalu.

Beliau dengan penuh harapan mengatakan kerelaannya untuk menjadi manusia pertama adalah satu caranya menyumbang kepada orang ramai di seluruh dunia yang menerima kesan buruk akibat penularan jangkitan virus corona.

Jennifer Haller memberitahu harapannya dalam percubaan pertama vaksin COVID-19

Semua orang berasa tidak berdaya sekarang. Dan saya menyedari bahawa ada sesuatu yang saya boleh lakukan untuk membantu, dan saya teruja berada di sini.

– Jennifer Haller

Terkini lebih 380,000 kes positif COVID-19 telah direkodkan di seluruh dunia dengan kes kematian tertinggi di Italy iaitu lebih 6,000 nyawa telah terkorban.

 

Ilham Azmi

I believe words are more powerful than guns.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button