Covid19Kesihatan
Trending

“Jangan diskriminasi & persalahkan jemaah Tabligh” – Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

 

Sehingga 24 Mac 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 106 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,624 kes.

Berdasarkan siasatan awal, daripada 106 kes baharu yang dilaporkan hari ini, sebanyak 43 kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan di Seri Petaling.

KETUA Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah meminta masyarakat tidak menyalahkan jemaah tabligh berikutan peningkatan kes positif dan kematian akibat Covid-19 yang terjadi ketika ini atas sebab ada beberapa pihak yang mula memfokuskan dan menyalahkan kluster tabligh sebagai punca utama penyebaran virus ini.

“Untuk makluman kepada umum, janganlah kita persalahkan jemaah tabligh. Janganlah kita diskriminasikan jemaah tabligh. Janganlah kita stigmakan jemaah tabligh.”

“Apa yang penting adalah kita bantu mengesan dan merawat jangkitan Covid-19 di kalangan jemaah tabligh, keluarga dan kontak mereka,” katanya, ketika Sidang Media KKM Berhubung COVID-19 di Putrajaya sebentar tadi.

Ikhwan Solehin

We promise in proportion to our hopes, and we deliver in proportion to our fears. - Francois de la Rochefoucauld

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button