DuniaKemanusiaanPalestinSemasa

Iraq hantar pasukan perubatan ke Gaza

TEHRAN : Kementerian Kesihatan Iraq berkata pada Khamis pasukan perubatan dari negara itu akan dihantar ke wilayah Gaza yang musnah teruk. Jurucakap Kementerian Kesihatan, Saif Al-Badr,  berkata pasukan perubatan akan merawat orang awam di Gaza yang diserang Israel di wilayah yang terkepung.

Menteri Kesihatan Jurucakap/ Saif Al-Badr.

“Kementerian akan menyediakan pasukan perubatan yang istimewa yang akan pergi ke Palestin, untuk membantu sesiapa yang terkena dengan bom dan serangan ketenteraan Israel. Malahan, semua institusi kesihatan akan bersedia untuk menerima apa sahaja bilangan Palestin yang tercedera. – Jurucakap Kementerian Kesihatan / Saif Al-Badr

Serangan Israel terhadap Gaza  telah membunuh 230 rakyat Palestin, termasuk 65 kanak-kanak dan 39 wanita. Gencatan senjata berkuat kuasa pada pukul 2:00 pagi waktu tempatan selepas 11 hari pertempuran.

Oleh : Muhammad Nasrul Haqim bin Mohd Nasir – Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

 

Related Articles

Back to top button