Covid19Semasa

Covid-19 : Sistem kesihatan Malaysia diiktiraf WHO

KKM teruskan komited

KUALA LUMPUR : Malaysia diiktiraf sebuah negara yang mempunyai sistem kesihatan yang kuat dan liputan yang sejagat, UHC.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, dalam sorotan berita WHO semalam, sistem kesihatan Malaysia dikatakan mempunyai rasa asas yang kukuh dalam menangani pandemik Covid-19.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menghargai pengiktirafan WHO ini dan terus komited dalam memperkukuh sistem kesihatan negara bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara,” menurutnya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 di Putrajaya hari ini.

Tan Sri Dr Noor Hisham berkata, WHO dalam satu sidang media pada hari sama menegaskan bahawa vaksin adalah berkesan dalam membendung penularan penyakit seperti cacar air, polio dan sebagainya.

“Namun begitu, keberkesanan dan keselamatan vaksin adalah faktor penting dalam penggunaan vaksin.

“Perkara ini tidak boleh diambil ringan dan justeru itu, bagi menjamin faktor itu, vaksin perlu melalui beberapa ujian dan fasa,” katanya.

Beliau berkata, sehingga hari ini, masih tiada vaksin COVID-19 yang disahkan berkesan dan selamat oleh WHO.– BERNAMA

 

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button