DuniaPolitikSemasaSyria

Lebih 400 hospital & pusat kesihatan dibom, tapi Syria dilantik lembaga eksekutif WHO?

Kenapa dilantik sebagai ketua, sedangkan dia pengkhianat?

Apa sudah jadi?  Bagaimana satu pihak yang  pernah mengebom hospital awam boleh dilantik sebagai lembaga eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)!

Pertahanan Awam Syria, atau The White Helmet mengecam tindakan pelantikan kerajaan pimpinan Bashar Assad pada 26 Mei lalu!

The White Helmet – sebuah organisasi itu, yang berkhidmat 24/7 menyelamat dan mengubati mangsa-mangsa serangan bom kerajaan dan pemisah Syria terkejut dan kecewa WHO memberikan pengiktirafan itu kepada Assad yang merelakan jutaan rakyat Syria meninggalkan negara, manakala ribuan lagi diragut nyawa atas nama perang saudara.

WHO adalah salah satu agensi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).  WHO berperanan sebagai badan kesihatan dunia secara global dan bertindak balas dalam suasana pandemik COVID-19 di seluruh dunia, termasuk dalam pengedaran vaksin. Lembaga eksekutifnya yang terdiri daripada 34 orang terdiri profesional perubatan berkelayakan, menurut laman web rasminya. Lembaga perwakilan dari Syria itu diwakili oleh Menteri Kesihatan, Dr Hassan Mohammad Al Ghabbash. Negeri-negeri serantau Timur Tengah lain yang menganggotai lembaga eksekutif terbabit ialah Oman dan Emiriah Arab Bersatu.

“Pemilihan ini dilihat hanya memberi penghargaan kepada rejim Assad walaupun pemusnahan hospital dan pusat kesihatan dilakukannya secara sistematik, selain senarai panjang jenayah perang yang lain,” – Pertahanan Awam Syria/ White Helmet

Syria mempunyai sistem kesihatan yang agak baik sebelum perang, namun semuanya hancur dalam pertempuran selama 10 tahun.

Tentera rejim Bashar dan pasukan sekutu Rusia telah menyerang pusat kesihatan sebanyak 540 kali dan membunuh 827 petugas perubatan sejak perang saudara Syria bermula pada tahun 2011, menurut White Helmets.

Menteri Kesihatan Jerman Jens Spahn dalam pada itu berkata : “Saya gembira dengan keputusan ini,” pada sidang media pada hari Selasa lalu, tetapi menambah semua negara mesti bekerjasama antara satu sama lain untuk kepentingan kesihatan global.

“Siapa sebenarnya yang kita menghukum di sini jika kita tidak membuat kerjasama? Apakah kita menghukum rejim atau penduduk? ” – Jens Spahn/ Menteri Kesihatan Jerman

*****Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM, menjemput sahabat peduli Ummah untuk sama menjayakan Misi Bantuan Khas Syria kerana kutipan Dana masih lagi berkurangan untuk sasaran RM6,000,000. Justeru berikut bantuan terdesak yg diperlukan:

– RM250 bantuan selimut

– RM600 saham wakaf rumah pelarian

– RM500 bantuan ubat-ubatan

– RM250 bantuan food pack 1 bulan

– RM250 bantuan alat pemanas

– RM500 wakaf saham bina sekolah #40

– RM500 bantuan kitchen/kilang roti MAPIM

____

2 CARA MENYUMBANG

KE DANA BANTUAN KECEMASAN

MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)

1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):

INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com

ATAU

2. Salurkan Sumbangan  Menerusi Maybank

SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)

Akaun No : 562834636987

Oleh: Muhammad Nasrul Haqim – Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Related Articles

Back to top button