Semasa

Kertas siasatan pencemaran Sungai Gong siap dalam jangka masa terdekat

Pertimbang untuk tindakan lanjut

 

Beliau berkata, pihaknya kini, sedang melengkapkan kertas siasatan termasuk mendapatkan keterangan daripada pihak terbabit, dan akan diserahkan kepada Pegawai Pendakwa Raya untuk pertimbangan dan tindakan lanjut, dalam tempoh seminggu.

sumber :  FB Air Selangor

“Melalui Akta 655 (Akta Industri Perkhidmatan Air 2006) SPAN mempunyai hak untuk menyiasat dan mendakwa mana-mana pihak atau individu, yang melakukan kesalahan berkaitan pembekalan air terawat dan perkhidmatan pembetungan termasuk isu pencemaran ke atas sumber air mentah,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Wan Hassan berkata, Kumpulan Pengurusan dan Jawatankuasa Perlesenan, Perundangan dan Penguatkuasaan SPAN, yang diterajui oleh Anggota Suruhanjaya akan membantu Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), mengambil tindakan segera dan seterusnya memastikan hukuman wajar dikenakan ke atas pelaku.

“SPAN memandang serius segala perbuatan yang membawa mudarat kepada kelangsungan bekalan air pengguna dan akan terus mendokong serta membantu KASA dalam memperkasakan alam sekitar terutama kesejahteraan sumber air.

“SPAN juga komited, untuk memastikan sebarang perbuatan salah laku terhadap air bersih dan sumbernya akan diambil tindakan tegas, dalam tempoh secepat mungkin,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan proses pendakwaan terhadap pihak yang disyaki terbabit dalam kejadian pencemaran sumber air di Sungai Gong akan dilaksanakan minggu depan.

Empat pengurus kilang yang disyaki terbabit dalam kejadian pencemaran sumber air itu telah direman enam hari sehingga Khamis depan.

Ekoran pencemaran minyak daripada kilang berkenaan pada Khamis lalu, Loji Rawatan Air (LRA) Sg Selangor Fasa 1, 2, 3 dan LRA Rantau Panjang dihenti tugas, menyebabkan 1,292 kawasan di tujuh wilayah sekitar Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual. – BERNAMA

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button