Covid19Semasa

‘PKP atau PKPB selepas 4 Februari ambil kira kepentingan rakyat’

Ambil kira aspek ekonomi dan juga kesihatan

KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lebih ketat atau kembali kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selepas 4 Februari ini bergantung keputusan mesyuarat bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam masa terdekat.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pada masa ini kerajaan mengambil kira kepentingan semua pihak berhubung kesan yang menimpa mereka sekiranya PKP lebih ketat dilaksanakan.

Beliau berkata, berdasarkan reaksi dan maklum balas sebahagian besar rakyat, mereka mahukan kerajaan melaksanakan PKP sama seperti Mac lalu, manakala ramai juga mengharapkan kerajaan memberikan kelonggaran disebabkan faktor ekonomi.

“Pelbagai reaksi timbul apabila tular dalam media sosial kononnya akan ada PKPB di seluruh negara selepas 4 Februari ini, ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button