Covid19KesihatanSemasa

Ternama & jutawan, pasangan saintis Islam pencipta Vaksin Covid-19 tidak meninggi diri, hidup sederhana

Tiada kereta, berbasikal ke pejabat, tinggal di apartmen

MAINZ -1 Mac : Kisah mereka berdua pernah dilaporkan ketika  masyarakat dunia tercari-cari penawar untuk  virus coronavirus, Covid-19.
Nama pasangan suami isteri itu kembali disebut-sebut umum selepas pertaikaian halal, dan keberkesanan vaksin Covid-19 diperdebat oleh orang ramai, termasuk di Malaysia.
Sebagai antara negara yang menerima vaksin Pfizer, penghantaran kumpulan pertama sebanyak 312,390 dos dilakukan pada 21 Februari lalu.
Kini nama saintis Dr Ugur Sahin dan Dr Ozlem Tureci sudah tidak asing lagi di dunia, selepas pasangan ini berjaya menghasilkan ‘penawar’ kepada pandemik COVID-19 yang sudah pun meragut 2.5 juta nyawa di seluruh dunia.
Kejayaan pengasas syarikat farmaseutikal BioNTech itu menghasilkan vaksin COVID-19 pertama dengan keberkesanan lebih 90 peratus dianggap satu perkembangan baharu dalam dunia perubatan.

Terima anugerah kerajaan Jerman atas kejayaan

Pada tanggal 19 Mac nanti, Dr. Sahin, 56  dan Dr.Tureci, 54, akan menerima pengiktirafan tertinggi kerajaan Jerman di atas sumbangan mereka membangunkan vaksin bagi virus pembunuh itu.
Pejabat Presiden Jerman mengumumkan pasangan suami isteri itu akan menerima Darjah Kebesaran Merit oleh Republik Persekutuan Jerman dengan anugerah Darjah Kebesaran Merit Komandan Kesatria, iaitu salah satu penghormatan tertinggi negara berkenaan.
Penghargaan tersebut akan disampaikan oleh Presiden Jerman, Frank-Walter Steinmeier di Istana Bellevue.
“Dengan pembangunan vaksin COVID-19 yang telah diluluskan oleh pihak berkuasa, Tureci dan Sahin memberikan sumbangan besar dalam membendung penularan COVID-19.  Kedua-dua saintis itu menghubungkan penyelidikan asas perubatan dengan menterjemahkan untuk penggunaan praktikal,” – Kenyataan Pejabat Presiden Jerman

Merendah diri dan masih bersederhana walau ternama

Dr.  Sahin dan Dr. Tureci berhijrah ke Jerman sewaktu kedua-duanya masih kecil lagi mengikut ibu bapa mereka yang berasal dari Turki.
Kedua-duanya yang beragama Islam membangunkan vaksin Covid-19 yang dipasarkan oleh syarikat farmaseutikal Pfizer.
Syarikat biotek milik mereka di Mainz Jerman mempunyai 1,800 pekerja, sejak ditubuhkan pada tahun 2008, kebanyakannya adalah saintis.
Bernilai sebanyak 21 billion dollar di pasaran saham Jerman, pasangan ini walaupun bergelar jutawan mengamalkan kehidupan sederhana, mereka tiada kereta dan hanya berbasikal ke pejabat.
Rumah mereka pula hanyalah sebuah apartment sederhana mewah yang terletak tidak jauh dari pejabat mereka.
Majalah mingguan Jerman, Welt am Sonntag melaporkan, pasangan itu tersenarai sebagai 100 orang paling kaya di Jerman.
Saham syarikat mereka yang disenarai di Nasdaq melonjak daripada ASD$4.6 bilion kepada ASD$25.72  pada tahun 2020.
Namun kekayaan itu sama sekali tidak mengubah diri mereka, sebaliknya kecintaan makin mendalam dalam dunia penyelidikan vaksin dan akademi sains.
Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer, Alber Bourla berkata kehidupan pasangan ini amat unik kerana mereka terlalu meminati sains dan tidak banyak bercakap mengenai perniagaan.
“Dr. Ugur ini sangat unik. Beliau hanya pentingkan sains (dan hasil kajian syarikatnya) dalam hidupnya. Beliau langsung tidak berminat bercakap tentang bisnes.”- Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer, Alber Bourla 
Tambah Bourla, kerana kesibukannya, Dr. Ugur sehingga ke hari ini masih belum menandatangani sebarang perjanjian dengan Pfizer walaupun sudah bekerjasama semenjak awal tahun ini.
Memetik New York Time, kedua-dua pihak tidak menyatakan sebarang kebimbangan kerana kata mereka kerjasama ini dijalin atas rasa percaya antara satu sama lain.
Di sebalik kejayaannya yang dianggap pencapaian hebat dunia perubatan dalam tempoh seratus tahun,  Dr. Sahin terus bersikap merendah diri, sejak dikenali lebih dua dekad menurut rakannya  Felo Onkologi di Universiti Mainz, Matthias Theobald.
Dalam satu wawancara khas dengan akhbar Jerman Disember lalu, beliau dianggap seperhero dunia sains, atas kejayaan kedua-duanya, namun beliau menolak katanya kejayaan ini adalah kejayaan semua di dalam dunia saintis.

Q : Anda adalah superhero saintis?

A : Kami adalah saintis, dan sains yang kami lalukan adalah sangat mustahak. Tetapi kami bukan membangunkan sains itu sendiri, saya fikir seluruh komuniti saintis adalah super hero, bukan kejayaan seseoranf teapi sebagai satu pelaburan dalam penyelidikan oleh semua saintis yang menyumbang kepada penghasilan itu)

Vaksin Pfizer menggunakan teknlogi baharu mRNA sintetik (asid ribonukleik pengutus) yang menghantar arahan genetik kepada sel manusia untuk membina sebahagian daripada koronavirus.
Molekul mRNA berada dalam partikel lemak untuk melindunginya, tetapi ia mudah terurai lebih cepat berbanding vaksin biasa. Oleh sebab itu, ia memerlukan simpanan suhu ultra-rendah.

 

 

Related Articles

Back to top button