Covid19Semasa

Bas bawa 40 pesakit Covid-19 ke PKRC MAEPS rempuh plaza tol

6 pesakit cedera ringan

SERDANG 27 Feb :  Sebuah bas membawa 40 orang  pesakit Covid-19 kemalangan di Plaza Tol UPM, Serdang petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor Superintenden Azman Shari’at berkata pemandu berusia 41 tahun yang cedera di kaki sebelum itu dihantar ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan dan disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian calitan.

Enam pesakit Covid-19, itu mengalami kecederaan ringan, dan juga dirawat di MAEPS Serdang.

Berdasarkan siasatan awal pemandu itu negatif ujian air kencing.

Dalam kejadian jam 2:00 petang itu, bas berkenaan dilaporkan terbabas pada laluan Touch N Go lalu merempuh plaza tol.

Memetik bernama  Superintenden Azman berkata kemalangan disebabkan oleh kegagalan sistem brek kenderaan terbabit seperti yang dinyatakan pemandu kepada pihak polis.

Bas berkenaan adalah antara sebelas buah bas yang membawa 431 orang pesakit Covid-19 dari Kluster Cangkat Jong dari Teluk Intan Perak ke  PKRC MAEPS 2.0.
Siatsan dilakukan mengikut seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

 

 

 

Related Articles

Back to top button