Semasa

MySejahtera akan masukkan daftar data vaksinasi

Juga jadual suntikan vaksin & dan pemantauan

PUTRAJAYA : Aplikasi MySejahtera akan dinaik taraf dengan menampilkan beberapa perincian baharu antaranya MySejahtera Vaccination yang dijangka dilancarkan akhir bulan ini.
Menurut Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pengurusan Bencana, Wabak, Krisis dan Kecemasan Kementerian Kesihatan, Dr Mahesh Appannan, MySejahtera Vaccination dilancarkan bagi memastikan proses vaksinasi dapat dikendalikan dengan lancar.
Katanya, rangkaian proses seperti pendaftaran, jadual suntikan vaksin dan pemantauan akan dilaksanakan menerusi aplikasi berkenaan.
“Kita sarankan siapa yang belum muat turun aplikasi MySejahtera untuk berbuat demikian supaya apabila tiba pelaksanaan program vaksinasi, ia dapat dijalankan dengan lancar.
“Selain itu, kita dapat kendalikan proses pengesanan kontak dan penilaian kendiri dalam kalangan pesakit COVID-19, sekali gus memastikan tahap kesihatan mereka sentiasa terjamin.
“Bagi mereka yang positif, setiap maklum balas daripada laporan kendiri ini akan dikemukakan kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) bagi pemantauan harian. Setiap hari pada jam 9 pagi, mereka perlu menjawab soalan penting,” – Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pengurusan Bencana, Wabak, Krisis & Kecemasan Kementerian Kesihatan, Dr Mahesh Appannan
Beliau berkata demikian dalam taklimat medianya pada Isnin.
Dr Mahesh, berkata aplikasi MySejahtera yang dimuat turun oleh 27,313,193 (lebih 27.13 juta) pengguna termasuk tanggungan ketika ini ialah versi 1.25.
“Kita akan buat kemas kini dan ia akan dipaparkan menerusi versi baharu, iaitu 1.26 selari langkah memantapkan aplikasi MySejahtera,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button