Semasa

Malaysia kecam insiden pembunuhan wartawan Shireen Abu Akleh

KUALA LUMPUR : Malaysia mengecam sekeras-kerasnya insiden pembunuhan wartawan Palestin, Shireen Abu Akleh, di Jenin di wilayah diduduki di Tebing Barat.

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menerusi hantaran di Facebook berkata tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan itu sangat tidak wayar yang jelas memperlihatkan jenayah berterusan dilakukan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

“Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan rakyat Palestin. Israel mesti bertanggungjawab sepenuhnya atas perkara ini,” katanya.

Shireen Abu Akleh, 51, bertugas sebagai wartawan Al Jazeera ditembak mati ketika membuat liputan serbuan Israel di bandar Jenin pada Rabu.

Seorang lagi wartawan, Ali Al-Samoudi turut cedera ditembak, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.


MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button