KepenggunaanSemasa

Kuih bakul halal terima permintaan berganda sempena Tahun Baharu Cina

SUNGAI PETANI: Menjelang Tahun Baharu Cina, ‘Nian Gao‘ atau kuih bakul yang melambangkan tuah dan kemakmuran terus mendapat permintaan tinggi khususnya yang dibuat dengan kaedah tradisional.

Menyedari kuih bakul kini bukan hanya disukai oleh mereka yang berbangsa Tionghoa sahaja, duo ibu & anak bergabung bagi menjalankan usahasama membuat dan mengedarkan kuih bakul tradisional mereka tersendiri.

Puan Hasliza Mat, 54, bersama anak perempuannya Farah Yaya, 32, telah lebih dua tahun menghasilkan kuih bakul resepi turun temurun dari ibu mertuanya yang berbangsa Tionghoa bukan sahaja untuk pasaran sekitar Kedah, malah telah berjaya memenuhi permintaan sehingga seluruh Semenanjung Malaysia.

“Alhamdulillah usahasama ini kami mulakan sejak Febuari 2021 lagi. Ibu akan memproses hasilkan setiap kuih bakul, saya pula bantu pemasaran secara online,” jelas Farah ketika ditemubual wartawan Ummah Today hari ini.

Puan Hasliza Mat, 54, mempelajari resipi pembuatan kuih bakul tradisional dari ibu mertuanya.

Tambah Farah, tiada beza penghasilan kuih tradisi ini oleh sesiapa sahaja tetapi apabila pembuatannya dihasilkan oleh orang Islam, pengguna boleh membeli dan merasainya tanpa rasa was-was.

“Kukus kuih bakul ini makan masa yg lama. Kuih ini pun banyak pantang larang maksud saya pada teknik penyediaannya. Bekas bancuh periuk senduk semua tak boleh campur. Kena guna khas untuk buat kuih bakul saja malah proses paling sukar dalam pembuatan kuih bakul ialah semasa mengisar beras pulut bagi menghasilkan tepungnya,” kata Farah berkongsi resipi.

Kebiasaannya, mereka akan menghasilkan 30-50 biji kuih bakul sehari namun memandangkan permintaan yang tinggi menjelang Tahun Baharu Cina, permintaan boleh melebihi dua kali ganda biasa.

“Kami menyediakan dua pilihan saiz kepada pembeli, saiz A adalah seberat 500 gram dan saiz B seberat 300 gram. Untuk saiz B, minima tempahan mestilah 2 biji untuk setiap pembelian,” kata Farah.

Masyarakat Tionghua moden hari ini menganggap perkataan Nian Gao dalam Mandarin hampir sama dengan istilah yang bermakna tahun yang lebih tinggi terutama untuk aspek pendapatan.

Kepercayaan itu menggalakkan semua penghuni rumah menghidangkan kuih bakul kepada tetamu selain mengamalkan pembuatan kuih bakul sendiri sebagai menghormati adat resam dan tradisi masyarakat Tionghua terdahulu.

BACA JUGA
Sepuluh tahun lumpuh, sepuluh tahun pasang dan tukar lampin isteri

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button