DuniaSemasa

Palestin gesa israel hentikan program nuklear

RAMALLAH: Menteri Luar Palestin, Riyad al-Maliki pada Isnin menggesa israel menghentikan program nuklear bagi mewujudkan zon bebas senjata nuklear.

Al-Maliki berkata demikian sebagai reaksi kepada langkah Jawatankuasa Pertama Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerima pakai resolusi dikemukakan Mesir yang menggesa israel menghapuskan senjata nuklearnya.

Sambil menyambut baik penerimaan resolusi itu, beliau berkata: “israel bertanggungjawab menetapkan programnya untuk dipantau Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) kerana ia satu-satunya pihak di Timur Tengah yang memiliki senjata pemusnah besar-besaran terutamanya senjata nuklear.”

Beliau berkata, penting bagi israel untuk mematuhi peraturan undang-undang antarabangsa yang berkaitan.

Media israel melaporkan pada Isnin, Jawatankuasa Pertama Perhimpunan Agung PBB memutuskan israel harus memusnahkan senjata nuklearnya.

Resolusi yang dikemukakan Mesir dan disokong Jordan, Maghribi, Pihak Berkuasa Palestin dan Bahrain itu turut mahu Israel meletakkan kemudahan nuklearnya di bawah pengawasan IAEA.

Jawatankuasa Pertama itu ialah satu daripada enam jawatankuasa utama PBB yang menangani isu pelucutan senjata nuklear global.

Dalam langkah yang tidak pernah berlaku sebelum ini, jawatankuasa itu menggesa Israel untuk segera bersetuju dengan Perjanjian Percambahan Senjata Nuklear, tidak membangunkan, mengilang, menguji dan berhenti memperoleh senjata nuklear.

Sisa kimia & nuklear yang dibuang oleh pendudukan israel menjadi punca utama di sebalik lonjakkan bilangan pesakit kanser di Palestin


Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik :

www.tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini

https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button