PalestinSemasa

Dua baki tahanan Palestin lolos penjara, serah diri

KAHERAH: Dua baki tahanan terakhir Palestin yang meloloskan diri daripada penjara kawalan ketat Israel telahpun ditahan di bandar Jenin.

Menurut jurucakap tentera Israel, Avichay Adraee, operasi menjejaki tahanan melibatkan kerjasama antara Tentera Pertahanan Israel (IDF), pasukan keselamatan awam dan pasukan Polis Khas.

Katanya, Nayef Kamamji dan Munadel Yacoub Infeiat menyerah diri selepas polis dan tentera mengepung rumah persembunyian di bandar terbabit.

Sementara itu, akhbar media lain memberitahu, bapa kepada Nayef, Fouad Kamamji, berkata Nayef itu mengejutkan bapanya yang sedang tidur dan memaklumkan bahawa dia akan menyerah diri kepada polis rejim yang sedang mengepung rumahnya.

Fouad berkata, anaknya menyerah diri kerana tidak mahu mendatangkan bahaya kepada ahli keluarga yang lain.

Pada 6 September lalu, enam tahanan warga Palestin berjaya melepaskan diri dari Penjara Gilboa di mana ia merupakan penjara berkawalan keselamatan tinggi.

Enam warga Palestin bertindak menggali terowong di lantai sel yang memakan masa berbulan untuk menyiapkan terowong terbabit tanpa disedari polis rejim.

Tindakan tahanan meloloskan diri menggembirakan ramai warga Palestin yang dilihat meraikan kejayaan itu di jalanan.

Bagaimanapun, pada 10 September dua daripada enam tahanan ditangkap dan dua lagi pada hari berikutnya.

Dilaporkan, kira-kira 4,850 warga Palestin ditahan di beberapa penjara Israel termasuk 41 wanita dan 225 kanak-kanak.

AGENSI

Oleh Nurshazlin Shahrom

__________________________________

MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button