KerohanianPendidikanSemasa

Waspada penyakit Ain

Oleh Azrina Amri, wartawan pelatih

Kebanyakan diantara kita mempunyai akaun media sosial yang sering berkongsi perihal diri dan memuat naik gambar untuk tontonan umum. Dalam kita tidak sedar setiap ‘posting’ kita itu ada mata-mata yang memerhati.

Dalam pada itu, perkongsian sebegitu pasti membuka ruang bagi orang lain untuk meninggalkan komen sama ada yang baik atau buruk.

Sedarlah bahawa tindakan kita itu membuka ruang kepada individu tersebut terkena penyakit Ain, disebabkan perasaan hasad dengki orang yang melihatnya. Biarpun rambut sama hitam, tapi kita tidak boleh meneka hati seseorang itu.

Ramai yang tidak sedar mengenai  kewujudan penyakit Ain yang boleh membinasakan diri sendiri, disebabkan perkongsian gambar yang dilihat di media sosial.

Penyakit Ain ini tidak asing bagi umat Islam, bahkan sudah ada sejak zaman Rasulullah SAW. Ia berlaku disebabkan oleh pandangan mata yang disertai dengan perasaan hasad dengki.

Ia boleh berlaku jika ada orang yang cemburu melihat kesenangan orang lain yang boleh mendatangkan mudarat pada orang yang melihatnya.

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:

“Al-‘ain itu adalah haq (benar)”

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas RA, Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Al-‘Ain itu haq (benar). Jika ada sesuatu yang menjangkaui qadar maka ‘ain lah (yang dapat menjaungkauinya). Jika diminta kepada kamu untuk mandi (untuk penyembuhan), maka mandilah.” Riwayat Muslim

Dalam hadis di atas kita dapat lihat penyakit Ain ini sangat berbahaya dan benar wujud.

Bagaimana hendak merawatnya? Kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penyakit Ain atau ‘punca’ kepada penyakit berkenaan.

Agama islam telah menjanjikan setiap penyakit ada penawarnya.

Oleh itu, penyakit Ain boleh disembuhkan dengan:

  1. Bacaan Ruqyah atau doa

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,

“Tidak ada ruqyah (yang lebih bermanfaat), kecuali untuk penyakit ‘ain, atau penyakit yang diakibatkan sengatan binatang berbisa..” Riwayat al-Bukhari dan Muslim

  1. Doa

Sentiasa berdoa kepada Allah SWT merupakan percegahan terbaik daripada terkena penyakit Ain.

Oleh itu, kitab oleh amalkan doa yang di ajar oleh Baginda iaitu,

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّةٍ

“Aku memperlindungkan kamu berdua dengan kalimat-kalimat Allah yang maha sempurna daripada syaitan, binatang berbisa dan mata yang dengki.”  Riwayat al-Nasa’ie, Abu Daud, Ibn Majah, dan al-Tirmizi

  1. Amalkan Surah Al- falaq

Surah ini harus diamalkan bagi mengelakkan perasaan hasad dengki.

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ ﴿١﴾ مِن شَرِّ مَا خَلَقَ ﴿٢﴾ وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ ﴿٣﴾ وَمِن شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ ﴿٤﴾ وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, (1) “Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; (2) “Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; (3) “Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); (4) “Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya” Surah al-Falaq (1-5)

Justeru itu, memang tidak dinafikan zaman sekarang ini kita sudah terbiasa untuk berkongsi berita dan kegembiraan dengan kenalan serta pengikut di media sosial. Jadi tidak semua keseronokan atau kebahagiaan perlu dipertontonkan kepada umum.

Oleh itu, bersederhanalah dalam setiap benda, kerana tidak semua orang bergembira melihat kebahagiaan kita.

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button