Semasa

Landasan ditenggelami air, operasi tren Pantai Timur dibatalkan

Banjir Kuala Krai - Bukit Abu

KOTA BHARU: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memaklumkan semua perkhidmatan KTM Intercity di Pantai Timur mengalami gangguan berikutan banjir di laluan berkenaan.

KTMB menerusi kenyataan berkata, banjir yang berlaku antara Kuala Krai dan Bukit Abu itu menyebabkan landasan ditenggelami air dan operasi tren terpaksa ditutup sementara.

Katanya, perkhidmatan KTM Intercity iaitu Ekspres Timuran No 26 dan No 27 bagi laluan Johor Bahru Sentral – Tumpat dan sebaliknya serta Shuttle Timuran dibatalkan mulai malam ini.

“Pihak KTMB terpaksa membatalkan perkhidmatan tren demi keselamatan penumpang dan akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa.

“Penumpang juga dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat terkini di saluran media baharu KTMB atau menghubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-2267 1200,” katanya. – Berita Harian

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button