Semasa

ESSCom: Senarai 21 penjenayah dikehendaki dikeluarkan

Komander ESSCom meminta kerjasama masyarakat bantu pasukan keselamatan

LAHAD DATU : Lima lagi nama telah ditambahkan ke senarai penjenayah yang dikehendaki oleh Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) untuk jenayah rentas sempadan di negeri ini. Komander ESSCom, Datuk Ahmad Fuad Othman berkata, nama baru itu menjadikan jumlah penjenayah yang dicari menjadi 21 orang.

Beliau menyatakan nama baru yang disenarai itu ialah Japs @ Mujafar Sawadjaan, Mujimmar Sawadjaan @ Rasad, Mundi Sawadjaan, Hj Wahad @ Talib dan Barah Udong @ Elvin.

Nama lain dalam senarai itu ialah Apo Mike @ Majan Sahidjuan, Al Munjir Yadah, Salip Mura, Raden Abuh, Marajan @ Manajan Asiri, Sangbas Parisko, Sabri Madrasul @ Salip Jul, Ben Tatoh Quirino, Jul @ Jun Hasan, Jul Aksan Abdurajan @ Halimaw , Tampi @ Bunju, Long Sahirin, Haibin Mubin @ Apo Kuhambo, Halipa dan Basaron Arok dan Hamsan Pakkan @ Black Cobra.

Katanya, senarai penjenayah yang diingini ESSCom dikemas kini sekali dalam enam bulan.

“Daripada ‘senarai dikehendaki’ sebelum ini, ada lima nama dikeluarkan kerana tiga daripadanya ditembak mati dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Filipina, manakala dua lagi masing-masing ditangkap dan menyerah diri,” katanya lagi.

Ahmad Fuad berkata bahawa kesemua suspek ini dikehendaki itu adalah warga asing dan mempunyai kaitan atau terbabit dalam jenayah termasuk penculikan yang berlaku di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

Beliau dalam pada itu mengingatkan masyarakat supaya memberi kerjasama kepada pasukan keselamatan dan menghubungi Pusat Operasi ESSCom di talian 089-863181/016 atau WhatsApp 013-8803585 dan 019-2305909 untuk sebarang laporan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button