Semasa

Mangsa banjir Kelantan naik mendadak

62 pusat pemindahan sementara setakat jam 10 malam ini

KOTA BHARU: Mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 4,434 orang dan ditempatkan di 62 pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga jam 10 malam ini.

Kesemua mangsa banjir berkenaan membabitkan 1,194 keluarga dari lima daerah yang dilanda banjir.

Tanah Merah menjadi jajahan kedua dilanda banjir di Kelantan dengan lapan pusat pemindahan diaktifkan bagi menempatkan 125 mangsa daripada 33 keluarga setakat 8 pagi.

Sementara itu, seorang mangsa dilaporkan maut terkena renjatan elektrik di Rantau Panjang,Kelantan.
 

UMMAHTODAY masih menunggu pengesahan daripada pihak berkuasa berhubung kejadian itu.

Berdasarkan Info Bencana JKM, daerah Jeli mencatatkan mangsa paling tinggi iaitu 1,688 mangsa membabitkan 491 keluarga di sembilan PPS.

“Kuala Krai mencatatkan 1,353 mangsa banjir membabitkan 330 keluarga di 28 PPS, Gua Musang mencatatkan 597 mangsa daripada 126 keluarga di tujuh PPS.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button