Covid19KesihatanSemasa

IMR temui Mutasi D614G pada Kluster PUI Sivagangga, Ulu Tiram

Lebih mudah 10 kali jangkiti individu lain terutama oleh `super spreader'

Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mendedahkan menemui mutasi jenis D614G daripada ujian pengasingan dan kultur virus COVID-19 untuk tiga kes daripada Kluster PUI Sivagangga (kontak rapat kepada kes indeks) dan juga satu kes daripada Kluster Ulu Tiram (iaitu individu daripada Filipina).

Setakat ini kedua-dua kluster ini didapati agak terkawal hasil pelbagai tindakan kawalan kesihatan awam yang pantas di lapangan.

sumber: https://twitter.com/DGHisham/status/1294676475606519810/photo/1

Ujian ini adalah ujian awal dan terdapat beberapa ujian susulan sedang dijalankan bagi menguji beberapa kes yang lain, termasuk bagi kes indeks bagi kedua-dua kluster terbabit.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, aalaupun ketika ini penyebarannya adalah terkawal, namun masyarakat perlu berwaspada dan lebih berhati-hati kerana virus COVID-19 dengan mutasi D614G ini telah terbukti dikesan di Malaysia.

Ianya didapati 10 kali lebih mudah menjangkiti individu lain dan mudah merebak sekiranya disebar oleh individu ‘super spreader’.

Mutasi D614G ini ditemui oleh saintis pada Julai 2020 dan berkemungkinan akan menyebabkan kajian vaksin sedia ada tidak merangkumi atau tidak berkesan terhadap mutasi ini.

Oleh itu, tindakan utama kita adalah masih dengan kaedah menggunakan tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam iaitu berdisiplin dalam mengamalkan sepenuhnya SOP yang ditetapkan iaitu, penjarakan fizikal, kebersihan kendiri yang tinggi.

Sentiasalah mencuci tangan dengan air dan sabun, memakai pelitup muka terutama di tempat awam, tempat sesak, tempat tertutup dan ketika bersembang pada jarak dekat.

Situasi terkini COVID-19 didapati masih terkawal dan KKM serta agensi-agensi lain masih berusaha membendung penularan COVID-19. Kerjasama masyarakat amat diperlukan agar dapat kita sama-sama memutuskan penularan jangkitan COVID-19 daripada segala jenis mutasi sekalipun.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button