DuniaKemanusiaanSyria

Kongsi derita kekejaman Bashar, dicabut kuku, dikumpul bersama mayat

Kini Omar pelajar di Amerika Syarikat

AMERIKA SYARIKAT :  Saya membesar di Baniyas, sebuah pekan di Tartous, utara Syria. Saya mempunyai seorang abang yang ibu sering memanggilnya Mohamamed.

Saya mempunyai ramai adik beradik, dan kami tinggal berdekatan keluarga yang lain seperti, sepupu-papat dan ibu bapa saudara.

Saya dan kebanyakan adik beradik saya tidak rapat dengan ayah kami. Dia panas baran orangnya — susah hendak bercakap dengannya. Ayah saya dulu bergantung dengan cara ajaran ‘gagah’ tentera supaya kami cemerlang di sekolah. Impiannya adalah untuk kami menjadi pelajar yang baik.

Omar kini bergelar pelajar di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat

Beberapa bulan sebelum kebangkitan Dunia Arab bermula, ayah saya berubah. Dia menjadi lebih baik dan bersungguh menjadi seorang ayah dan rakan daripada seorang tentera.

   Saya hanya berusia 15 tahun semasa Kebangkitan Dunia Arab tercetus di Timur Tengah. Saya hadir dalam tunjuk perasaan di jalan raya Baniya membantah bersama pemimpin utama untuk menuntut kebebasan. Masa itu, saya mahu ayah saya nampak saya bukan sebagai seorang kanak-kanak tetapi seorang pemuda yang berani.

Situasi itulah yang menyebabkan saya ditahan masuk ke penjara politik buat pertama kalinya. Berusia 15 tahun rejim melihatnya saya seperti satu ancaman terhadapnya.

Keadaan Omar ketika baru diselamatkan daripada kekejaman.

Selepas itu saya ditahan di sebuah penjara di Tartous. Di situ saya diseksa selama beberapa hari sehingga ibu saya mengumpulkan kaum wanita di tempat tinggal kami dan mendesak rejim untuk membebaskan saya.

Berhari-hari ditahan di kawasan itu, telah mematahkan semangat saya. Saya merasai, ketakutan yang tidak boleh terkata.

Mereka menyeksa saya dengan menarik kuku jari saya. Pada masa yang sama saya dikelilingi dengan mayat. 

Saya tidak nampak wajah si penyeksa sebab muka saya ditutup, tapi saya hanya dapat membayangkan wajah mereka sama seperti zombi.

Pada usia 17 tahun, saya  ditahan sekali lagi, bersama tiga orang sepupu – Bashir, 22, Rashad, 20, dan Nour, 17. Kami diculik dari rumah kami lalu dibawa ke lapan buah penjara berlainan supaya tiada siapa akan menjumpai kami.

Pada Ogos 2014, kami dipindahkan ke tempat yang kami panggil ‘rumah sembelih’ iaitu di penjara Saydnaya.

Tempat itu lebih menakutkan dan lebih menyakitkan daripada yang lain. Mereka tarik keluar kuku kami, gantung kami dari siling, guna alat renjatan serta memukul kami. Kami tidak buat kesalahan apa-apa, jadi mereka paksa kami menyakiti sesama sendiri dengan dibelasah dan mencucuh puntung rokok di badan.

Di Branch 215, sebuah penjara politik di Damsyik, yang kami panggil ‘cawangan mati perlahan’, Rashad meninggal dunia pada 15 Mac 2013 selepas berbulan-bulan diseksa. Bashir pula mati setahun selepas itu. Saya tidak tahu khabar tentang Nour, jadi saya anggap sepupu saya itu sudah tiada.

Saya hanya rasa berseorangan dikelilingi raksasa, diseksa dan hanya menunggu ajal menjemput saya.

Saya membesar di penjara. Saya alami seksaan, kelaparan dan ketidakmanusiaan di sana. Tempat itu dibina untuk melekatkan ketakutan dan mematahkan semangat dan jiwa, sehingga orang-orang yang dibebaskan masih dalam keadaan menderita secara fizikal dan mental.

Di dalam penjara, penghuninya hidup dalam keadaan lokap yang padat, cuba mendapatkan udara untuk bernafas, juga cahaya matahari.

Kanak-kanak semuda tiga tahun juga ditahan di penjara sebagai hukuman kepada ibu bapa mereka yang menyertai tunjuk perasaan damai pada tahun 2011.

Anda tidak boleh lari daripadanya. Saya masih boleh dengar jeritan sepupu saya, Bashir dan Rashad, yang mati diseksa di depan mata saya.

Ahli keluarga tahanan di Syria yang di bawah pemerintah al-Assad tidak diberikan maklumat tentang kedudukan dan keadaan mereka. Suatu masa, perkhidmatan perisikan Syria memberitahu ibuku yang saya telah mati dalam tahanan. Keluarga saya membuat majlis pengebumian tanpa mayat saya.

Inilah realiti di Syria. Lebih daripada 11 juta warga rakyat Syria terpaksa melarikan diri ke negara-negara jiran sejak bermulanya krisis ini.

Bertahun-tahun dalam tahanan, saya dapat berkomunisasi dengan tahanan lain hanya dengan berbisik. Kami tidak boleh bercakap, jadi kami berbisik dengan tahanan yang berpendidikan tinggi.

Seorang doktor mengajar kami cara pernafasan yang dapat menyelamatkan kami apabila dipukul. Seorang ahli psikologi berkongsi teknik untuk menegapkan jiwa. Manakala tahanan berlatar belakangkan peguam berkongsi impian untuk membina penjara bebas diktator supaya tiada sesiapa mempunyai lebih kuasa atau pun makanan daripada yang lain.

Semua bisikan itu menghasilkan sebuah universiti di salah satu tempat paling kotor di Syria dan kami panggilnya, University of Whispers.

Pada Mei 2013, kerajaan menyerang kampung halaman saya. Ayah dan dua orang saudara lelaki saya terbunuh dan rumah kami dibakar dengan ahli keluarga saya yang lain berada di dalam.

Ibu dan beberapa adik beradik saya berjaya selamatkan diri, bersama dengan jiran-jiran yang terselamat lalu lari ke Turki.

Di sana, ibu saya mengumpul sebanyak AS $20,00 untuk membayar pembebasan saya dan mengeluarkan saya dari Syria. Pada Jun 2015, saya diseludup keluar dari penjara.

Badan saya masa itu bagaikan rangka yang berjalan. Semasa saya dan ibu saya bertemu semula di Turki, kami tidak cam wajah sesama sendiri –  ibu terkejut melihat betapa lemahnya keadaan saya.

Ibu saya buat keputusan untuk menghantar saya ke luar Turki untuk mendapatkan rawatan. Adik lelaki saya, Ali hanya berumur 11 tahun masa itu, menemani saya atas perahu getah dari Izmir ke Greece, Macedonia, Serbia, Croatia, Slovenia, Austria, Germany, Denmark dan akhirnya mendarat di Sweden.

Justeru, kami dapat penjagaan keluarga angkat di Stockholm yang kami temui pertama kali ketika berada di hospital.

Saya tidak boleh melupakan orang yang masih tinggal di negara saya serta rakan-rakan yang masih dalam tahanan rejim.

Saya bertuah kerana dapat menenangkan trauma saya melalui syarahan terbuka. Saya berkongsi cerita pengalaman saya serata Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah dengan pertolongan Pasukan Petugas Kecemasan Syria (SETF), sebuah organisasi AS.

Omar banyak menghadiri jemputan perkongsian kekejaman Bashar terhadap dirinya.

Saya juga melakukan pembicaraan tertutup di syarikat-syarikat peribadi serta majlis perbandaran di seluruh dunia.

Sekarang saya sudah berumur 25 tahun. Saya hendak memenuhi impian ayah, untuk mendapat pelajaran tinggi di sekolah yang hebat. Sebab itu, saya mendaftar ke Universiti Georgetown dan dapat emel kemasukan darinya pada 24 Oktober tahun ini.

“Seperti semua pelarian Syria, saya mahu jadikan dunia ini lebih baik. Saya akan mulakan dengan belajar. Walaupun ayah saya tidak dapat melihat saya memenuhi impiannya, sekurang-kurangnya saya dapat menunaikannya.”

Omar Alshorgre ialah seorang rakyat Syria yang telah melalui pelbagai penyiksaan ketika dalam tahanan tentera Basyar. Pada usia masih remaja beliau melalui kekejaman tentera dan melihat bagaimana orang disayangi terbunuh di depan mata. Kini setelah berjaya membawa diri, Omar berimpian untuk menjadi pelarian Syria yang berjaya buat bangsanya, dikongsi kepada media – Al Jazeera.

Terjemahan – Siti Zulaikha Yusri untuk Ummah Today

*INFAQ ANDA. KAMI SAMPAIKAN SENDIRI KEPADA SAUDARA SYRIA DISINI!

Tim RescueSyria MAPIM Malaysia kini sudah berada di Syria dan sempadan Turki keluar masuk menguruskan amanah dan bantuan secara terus untuk tempoh 3 bulan.

Justeru berikut bantuan terdesak yg diperlukan:
– RM250 bantuan selimut
– RM600 saham wakaf rumah pelarian
– RM500 bantuan ubat-ubatan
– RM250 bantuan food pack 1 bulan
– RM250 bantuan alat pemanas
– RM500 wakaf saham bina sekolah #40
– RM500 bantuan kitchen/kilang roti MAPIM
________________
2 CARA MENYUMBANG
KE DANA BANTUAN KECEMASAN
MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)
_________________
1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):

INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com
INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com
INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button